Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Empat lelaki diberkas susulan pemeriksaa­n kenderaan

-

MIRI: Empat lelaki diberkas dan sejumlah dadah dirampas hasil pemeriksaa­n polis ke atas sebuah kenderaan berhampira­n Kampung Beraya Lama, Bakam di sini pagi kelmarin.

Berikutan tangkapan itu, kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 31 tahun masing-masing dari Kampung Pintasan Sungai Tiris dan Kampung Tiris, Bekenu telah dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, sekitar jam 11 pagi, 15 April lalu, sepasukan polis dari Cawangan Trafik Miri diketuai Sarjan David Henry yang melakukan rondaan cegah kemalangan bagi sektor Miri-BekenuMiri

telah memeriksa sebuah kenderaan di sebuah simpang menuju ke pantai berhadapan Kampung Beraya Lama.

Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat empat lelaki berada di dalam kenderaan itu.

Polis yang melakukan pemeriksaa­n lanjut ke atas kenderaan itu telah menjumpai sebuah kotak berwarna hitam yang diletakkan di tengah-tengah antara tempat duduk hadapan.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati kotak itu mengandung­i tiga keratan tiub straw masing-masing berisi ketulanket­ulan kristal disyaki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan anggaran berat 0.60 gram yang di

Barang disyaki dadah kemudian dirampas dan keempat-empat suspek ditahan serta dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk disoal siasat lanjut kerana disyaki memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Sementara itu, keempatemp­at suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret tadi diperintah­kan supaya direman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Mohd Mukhlis Samsudin.

Tempoh reman ke atas keempat-empat suspek akan tamat pada 20 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia