Utusan Borneo (Sarawak)

Curi beg tangan milik pegawai kanan kehakiman, dua dipenjara 28 bulan

-

MIRI: Dua sahabat masing-masing dijatuhi hukuman penjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mencuri beg tangan milik seorang pegawai kanan di Jabatan Kehakiman Miri.

Mohd Zulhaimi Narawi, 26, dan Mohd Sofian Fauzi, 31, kedua-duanya dari Kampung Lopeng Tengah Batu 2, Jalan Riam di sini telah membuat pengakuan salah mereka atas tuduhan itu di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Menurut keterangan kes, seorang Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Miri telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri pada 1 April lalu

Dalam aduannya, pengadu, 28, mendakwa sekitar jam 8.20 pagi hari sama, semasa sedang bersarapan pagi bersama dua rakan sekerja di sebuah kedai makan di kawasan Marina Square, tiba-tiba datang dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal telah berhenti di hadapan mereka.

Selang beberapa minit, pembonceng motosikal itu telah turun dari motosikal dan mengambil beg tangan pengadu yang diletakkan di sebuah kerusi bersebelah­annya.

Semasa kejadian, pengadu cuba menahan begnya itu yang mengandung­i pelbagai barang termasuk dokumen peribadi namun ditarik oleh lelaki terbabit menyebabka­n ia terlepas dari genggaman.

Lelaki terbabit kemudian melarikan diri bersama rakannya yang sedia menunggu di atas motosikal.

Bertindak atas maklumat diterima, pada hari sama, polis berjaya menangkap keduadua tertuduh di sebuah rumah di Kampung Bumi Hijau di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua tertuduh mengaku telah mencuri beg pengadu dan setelah menyelongk­ar beg tangan itu, keduadua tertuduh telah membahagi wang yang dijumpai dalam beg itu secara sama rata sebelum mencampakk­annya ke sebatang sungai.

Polis dengan dipandu arah oleh kedua-dua tertuduh kemudian telah menjumpai semula beg pengadu.

Berikutan itu, keduadua tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala keduadua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia