Utusan Borneo (Sarawak)

PKPB di tujuh zon Sibu, majikan serahkan surat pemberitah­uan

-

SIBU: Pemilik premis perniagaan di tujuh zon di bandar ini, mula menyerahka­n surat pemberitah­uan operasi premis mereka kepada polis susulan pelaksanaa­n Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai semalam (16 hingga 26 April).

Tinjauan di Balai Polis Sentral Sibu mendapati majikan dan wakil syarikat beratur di hadapan Balai Polis Sentral bagi tujuan tersebut.

Pada Khamis lalu, Pemangku Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS), Wong Hee Sieng berkata semua perkhidmat­an penting dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam dengan kapasiti jumlah pekerja dihadkan kepada 50 peratus.

“Ini berikutan keputusan diambil setelah mendapat persetujua­n daripada polis sementara semua sektor lain tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.

Wong berkata, SOP tambahan melibatkan tujuh zon iaitu Sukun/Lada, Mantis,

Poh Yew, Bukit Lima, Tong Sang, Pusat Bandar dan Tiong Hua.

Beliau menambah, dalam tempoh itu jumlah orang dalam kereta terhad kepada tiga orang sahaja pada satu masa.

“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak dibenarkan, sementara aktiviti keagamaan tertakluk kepada SOP dikeluarka­n oleh Majlis Islam Sarawak dan Unit Hal Ehwal AgamaAgama Lain,” jelasnya.

Selain itu, premis makanan seperti kedai kopi, kafe dan restoran hanya dibenarkan menyediaka­n perkhidmat­an bawa pulang sahaja.

Dalam pada itu, makan dalam premis makanan adalah dilarang dan Pasar Sentral juga ditutup.

“Pusat urut, spa, pusat refleksolo­gi, kelab malam, pusat hiburan dan karaoke juga tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh tersebut,” katanya.

 ??  ?? BERBARIS: Orang ramai berbaris di hadapan Balai Polis Sentral Sibu semalam bagi pelbagai urusan.
BERBARIS: Orang ramai berbaris di hadapan Balai Polis Sentral Sibu semalam bagi pelbagai urusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia