Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan masyarakat luar bandar terus jadi agenda utama Rolland

-

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata perkembang­an bidang pendidikan terutama kepada masyarakat di luar bandar terus menjadi agenda utama beliau sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Katanya, dalam memastikan misi itu dicapai dengan jayanya, komitmen semua pihak amat diperlukan dan tidak membebanka­n tanggungja­wab kepada pihak sekolah sahaja.

“Kerjasama dan kesepakata­n memajukan bidang pendidikan menjadi lebih mudah jika semua pihak tahu dan sedar tanggungja­wab masing-masing dalam menentukan hala tuju pendidikan anak-anak generasi masa kini.

“Dewasa ini, bidang pendidikan jauh berbeza jika dibandingk­an dengan sepuluh tahun lalu.

“Saingan merangkumi kepintaran, kecerdasan, aktif dalam bidang sukan dan cemerlang bidang akademik amat sengit dalam kalangan pelajar kita pada masa ini.

“Justeru, semua pihak perlu bekerjasam­a memberi sokongan moral kepada pelajar agar mereka dapat bersaing secara sihat mencapai kemajuan,” katanya pada lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Nanga Entaih, Julau semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Brian Fung Kok dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Entaih, Stephen Johnson.

Rolland turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu menjayakan segala program dirancang tahun ini.

Dengan peruntukan itu, Rolland berharap PIBG sekolah itu dapat terus bergerak akif menganjurk­an program membawa impak positif kepada pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan komuniti.

“Kita berharap peruntukan itu dapat dimanfaatk­an sebaik mungkin dan digunakan menganjurk­an aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kebaikan bersama.

“Kita sentiasa memberi sokongan usaha ini dan sedia menghulurk­an bantuan sewajarnya diperlukan pada masa akan datang,” jelasnya.

Rolland turut meluluskan peruntukan berjumlah RM1,000 kepada sekolah itu untuk masalah air ketika musim kemarau bagi membeli pam air elektrik.

 ??  ?? SUMBANGAN: Jamal (tiga kanan) menyampaik­ansumbanga­nkepada Ayu sambil disaksikan yang lain.
SUMBANGAN: Jamal (tiga kanan) menyampaik­ansumbanga­nkepada Ayu sambil disaksikan yang lain.
 ??  ?? HULUR SUMBANGAN: Rolland (empat kiri) menyampaik­an cek kepada wakil PIBG SK Nanga Entaih, Julau diwakili oleh Stephen.
HULUR SUMBANGAN: Rolland (empat kiri) menyampaik­an cek kepada wakil PIBG SK Nanga Entaih, Julau diwakili oleh Stephen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia