Utusan Borneo (Sarawak)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB terima sumbangan

-

BINTULU: Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) menerima sumbangan kewangan daripada pelajar kursus Kokurikulu­m Berkredit QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1) sesi 2020/2021-2 di sini.

Sumbangan itu bagi membantu rakan-rakan pelajar lain yang memerlukan di universiti itu.

Pengarah program, Jose Daniel Ingom berkata sumbangan itu diperolehi melalui sumbangan agensi luar dan perseorang­an menyertai dan terlibat dalam penganjura­n program Webinar 2021: ‘Love is Healer or Killer?’

“Sumbangan ini diserahkan kepada Pengarah Kampus Profesor Madya Dr Shahrul Razid Sarbini disaksikan Ketua Hal Ehwal Pelajar Dr Kamil Latif dan Pegawai Psikologi Hairunisah Abdul Rahman sebelum diserahkan kepada Putra FoodBank UPMKB,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, Putra FoodBank merupakan kemudahan disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPMKB sebagai langkah membantu pelajar kurang berkemampu­an mendapatka­n bantuan makanan dan keperluan asas secara percuma dan operasinya dibuka setiap hari (pada waktu pejabat).

Justeru, bagi individu atau agensi berminat membantu pelajar kurang berkemampu­an ini, BHEP UPMKB amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan atau barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan keperluan lain.

“Sumbangan barangan boleh dihantar terus ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Tingkat 1, Bangunan Pentadbira­n UPMKB. Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan terus ke akaun 8005232086 (CIMB Bank Berhad) atas nama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykila­n dan pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Hairunisah di talian 086-855657 atau menerusi e-mel hairunisah@ upm.edu.my,” jelasnya.

Katanya, diharap melalui sumbangan ini dapat meningkatk­an motivasi dan memberi galakan kepada pelajar kurang berkemampu­an terus berjaya dalam bidang akademik.

 ??  ?? TERIMALAH: Zainuddin (tiga kanan) menerima cek daripada Lee (tiga kiri) disaksikan yang lain.
TERIMALAH: Zainuddin (tiga kanan) menerima cek daripada Lee (tiga kiri) disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia