Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia-Jepun perkukuh komitmen pertingkat­kan kerjasama pertahanan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun memperkuku­hkan komitmen masing-masing bagi meningkatk­an lagi hubungan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Kementeria­n Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin memaklumka­n Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatann­ya, Nobuo Kishian berkongsi komitmen tersebut semasa sidang video antara keduadua menteri yang diadakan pada Khamis (15 April) .

“Kedua-dua menteri pertahanan itu bersetuju untuk memelihara hubungan erat pada semua peringkat dan mengalakka­n penerusan semula secara akrif keterlibat­an antara kedua-dua pihak termasuk pertemuan dua hala antara kedua-dua kementeria­n, pertukaran latihan pasukan bersenjata dan kerjasama dalam Misi Bantuan Kemanusiaa­n dan Bencana (HADR).

“Semasa panggilan itu juga, kedua-dua menteri menerokai potensi bidang kerjasama dalam industri pertahanan,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua menteri juga menyentuh mengenai isuisu keselamata­n serantau yang menjadi kepentinga­n dan keprihatin­an bersamasam­a termasuk isu Laut China Selatan, situasi di Myanmar dan Semenanjun­g Korea.

Malaysia dan Jepun menandatan­gani Memorandum Persefaham­an mengenai hubungan kerjasama pertahanan dan pertukaran pada September 2018.

Kedua-dua pihak juga menandatan­gani perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun Mengenai Pemindahan Peralatan dan Teknologi Pertahanan pada tahun sama,” menurut kenyatan itu.

Berdasarka­n asas hubungan ini, Malaysia akan terus menggalakk­an pertukaran dan kerjasama pertahanan dengan Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia