Utusan Borneo (Sarawak)

Roma bertemu Man Utd pada semifinal Liga Europa

-

ROME: Roma pasukan diketuai Edin Dzeko menjaringk­an gol penyamaan dalam perlawanan seri 1-1 menentang Ajax lalu mara ke separuh akhir Liga Europa dengan agregat 3-2 di Rome pada Khamis.

Pasukan terakhir Itali yang kekal dalam pertanding­an Eropah itu menyingkir­kan pasukan Belanda dan bakal berhadapan dengan Manchester United yang melepasi Granada.

Roma telah menang perlawanan pertama 2-1 di Amsterdam, namun skuad Belanda itu mendominas­i seawal perlawanan di Stadio Olimpico.

Dzeko menjaringk­an gol apabila perlawanan berbaki 18 minit dalam menyaksika­n pasukan hos bertahan untuk masuk ke peringkat empat terakhir kejohanan Eropah itu buat kali kedua dalam empat musim selepas Liga Juara-Juara pada 2018.

Harapan Roma untuk menyertai Liga Juara-Juara musim depan bergantung dengan kejayaan mereka dalam Liga Europa memandangk­an mereka duduk di tangga ketujuh Serie A.

Jordan Veretout mempunyai peluang awal untuk meletakkan pasukan hos di pendahulua­n namun usahanya dibatalkan kerana ofsaid.

Pemain pertahanan Ajax, Sean Klaiber diusung keluar padang selepas kecederaan otot dan Perr Schuurs mengambil alih posisinya.

Ajax mengawal pemilikan bola dalam separuh masa pertama tanpa berjaya memecah benteng pertahanan Roma.

Mereka memecah kebuntuan empat minit selepas rehat apabila Schuurs melambung bola kepada pemain ganti

Brobbey dan terus melepasi Lopez yang kalut.

Ini merupakan gol ketiga pemain berusia 19 tahun itu dalam kejohanan sejak pasukan Belandanya menyertai perlawanan dalam peringkat penyingkir­an.

Penjaga gol Roma menafikan cubaan kedua Brobbey sepuluh minit kemudian sebelum Tadic merembat masuk bola muntah yang dibatalkan.

Roma menaikkan nama di papan skor pada minit ke72 dengan Dzeko merembat masuk bola. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERGELUT: Babak aksi pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP BERGELUT: Babak aksi pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia