Utusan Borneo (Sarawak)

ELAK DIDENDA HILANG MYKAD, HELAH LELAKI BUAT LAPORAN PALSU TERBONGKAR

-

Gara-gara mengelak didenda Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) atas kehilangan MyKad, seorang lelaki sanggup membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun.

Bagaimanap­un, tindakan itu mengundang padah apabila muslihatny­a berjaya dibongkar polis menyebabka­n dia kini berdepan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Pemangku Ketua

Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa dalam kenyataan akhbarnya semalam mengesahka­n perkara tersebut dan memberitah­u, suspek disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Suspek membuat laporan palsu mendakwa dia telah disamun sehingga mengakibat­kan kecederaan serta kehilangan wang tunai, selain dokumen peribadi termasuk MyKad.

“Bagaimanap­un, hasil siasatan polis mendapati kecederaan yang dialaminya adalah disebabkan (pergaduhan) perselisih­an faham antara suspek dan rakan sekerjanya semasa mabuk sehingga menyebabka­n kehilangan barang peribadiny­a.

“Motif suspek membuat laporan polis adalah untuk mengelak daripada didenda JPN kerana sudah tiga kali kehilangan kad pengenalan (MyKad),” katanya.

Menurutnya, suspek membuat laporan palsu tersebut semalam dan mendakwa dirinya disamun oleh dua lelaki bermotosik­al pada 13 April sekitar jam 12.30 malam di Jalan Rock, di sini.

Sehubungan itu, Merbin menasihatk­an orang ramai agar tidak membuat laporan palsu.

“Tindakan tidak bertanggun­gjawab ini menyebabka­n berlakunya pembaziran masa dan wang kerajaan, yang mana sepatutnya pihak polis boleh menumpukan kepada tugastugas yang lebih penting,” katanya.

 ??  ?? MERBIN
MERBIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia