Utusan Borneo (Sarawak)

RENTAS ZON DIPERKETAT­KAN

Hanya tiga perkhidmat­an penting dibenar rentas zon dengan permit polis: Uggah

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Hanya tiga perkhidmat­an penting dibenarkan melakukan pergerakan rentas zon dengan permit dikeluarka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tiga perkhidmat­an penting itu adalah pengangkut­an awam, pemandu yang menghantar barang makanan serta keperluan harian dan kecemasan.

“JPBNS mendapati sebanyak 505 kes positif dan lapan kluster yang direkodkan sejak Januari 2021 sehingga kini adalah disebabkan oleh pergerakan antara zon (import).

“Oleh itu, JPBNS memutuskan untuk memperketa­tkan pergerakan rentas di antara zon,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Bangunan DUN lama, Petra Jaya semalam.

Jelas Timbalan Ketua Menteri itu, ia berkuat kuasa mulai Isnin, 19 April ini yang mana pergerakan rentas zon perlu mendapatka­n kelulusan daripada PDRM.

Tambahnya, sebelum ini definisi perkhidmat­an penting sangat luas, justeru JPBNS mengeluark­an definisi perkhidmat­an penting yang dibenarkan untuk merentas zon dengan permit PDRM.

“Maka, hari ini (semalam) kita mengeluark­an definisi perkhidmat­an penting iaitu pengangkut­an awam, pemandu yang menghantar barang makanan dan keperluan harian dan kecemasan.

“PDRM telah diarahkan untuk hanya mengeluark­an permit kepada mereka yang tersenarai dalam kategori perkhidmat­an penting yang dibenarkan sahaja,” tegasnya.

Sementara itu, Uggah memberitah­u, JPBNS turut memutuskan hanya premis perniagaan yang menjalanka­n perniagaan runcit dan keperluan makanan sahaja dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 malam.

Manakala katanya, pusat hiburan yang beroperasi seperti bistro dan kafe termasuk pusat karaoke hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

Selain itu beliau memberitah­u, JPBNS akan mengadakan perbincang­an bersama PDRM Sarawak pada Isnin ini bagi mengenal pasti kaedah berkesan untuk memperketa­tkan kawalan dalam usaha mengekang penularan COVID19 di negeri ini.

Pada masa sama, beliau menasihatk­an pihak pengurusan penjara, pusat latihan dan asrama agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelasnya, penularan pandemik itu di kawasan berkenaan disebabkan SOP tidak dipatuhi.

“Jadi kita merayu terutama kepada pihak pengurusan tertinggi tempattemp­at ini untuk mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya sambil mengambil contoh, kes seorang pengetua sekolah di Miri dikompaun kerana tidak patuh SOP dengan tidak memakai pelitup muka dan menganjurk­an aktiviti gotong-royong.

Justeru, beliau menegaskan JPBNS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas agar SOP dipatuhi sekali gus mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato

Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TEGAS: Uggah ditemani Dr Sim pada sidang media harian COVID-19 di Bangunan DUN lama, Petra Jaya semalam.
— Gambar Penerangan TEGAS: Uggah ditemani Dr Sim pada sidang media harian COVID-19 di Bangunan DUN lama, Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia