Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: SARAWAK REKODKAN 960 KES BAHARU SEMALAM

-

KUCHING: Sarawak merekodkan 960 kes positif baharu COVID19 semalam, jumlah jangkitan harian tertinggi pernah direkodkan negeri ini sejak pandemik tersebut melanda.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daerah Kuching merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 370 kes dengan 313 kes dikesan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Puncak Borneo di sini.

“Lain-lain kes direkodkan di Bintulu (175), Mukah (103), Sibu (100), Miri (83), Kapit (24), Belaga (20), Bukit Mabong (13), Serian (9), Selangau (7), Kanowit (6), Sebauh (5), Subis (5) dan Tatau (5).

“Kes turut dikesan di Marudi (5), Kabong (4), Sri Aman (4), Song (3), Lubok Antu (3), Betomg (3), Samarahan (3), Matu (3), Daro (2), Bau (2) dan masing-masing satu kes di Sarikei dan Tanjung Manis menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 22,920 kes,” katanya pada sidang media semalam.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zhin Hing.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menambah, daripada 103 kes yang dilaporkan di Mukah, 99 kes adalah dari Politeknik Mukah (Kluster Jalan Bambangan, Mukah).

“Perincian 960 kes, 452 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif, 440 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada dan 39 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.

“Manakala 25 kes lagi merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan, tiga kes melibatkan individu balik dari Indonesia dan satu kes individu balik dari negeri lain dalam negara,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 381 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu meningkat kepada seramai 17,677 orang.

Kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj adalah di PKRC Hospital Bintulu (110), PKRC Hospital Sibu (96), PKRC Mukah (49), Hospital Umum Sarawak (32), Hospital Sarikei (32), PKRC Hospital Miri (30), PKRC Kapit (8), PKRC Serian (8) dan Hospital Sri Aman (7).

Lain-lain kes pulih dan dibenarkan discaj adalah dari PKRC Betong (6), Hospital Limbang (2) dan PKRC Lawas (1).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia