Utusan Borneo (Sarawak)

IBU TUNGGAL, BELIAWANIS DISERU SERTAI KURSUS PENDEK DI KKKG

Ia bagi memperting­katkan kemahiran, bentuk komuniti berilmu

-

KUCHING: Golongan ibu tunggal dan beliawanis digesa menyertai kursus pendek yang dijalankan oleh Kolej Komuniti Kuching (KKKg) bagi memperting­katkan kemahiran dan membentuk komuniti berilmu.

Gesaan ini dibuat oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undangunda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika menyantuni peserta program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bersama ibu tunggal B40 dan beliawanis di Bangunan Aktiviti Wanita N.7 Semariang baru-baru ini.

Tegas Hasidah, golongan wanita seharusnya berusaha untuk menambah ilmu dan kemahiran dengan menyertai pelbagai latihan dan kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti seperti masakan, jahitan, sulaman, solekan, kursus keusahawan­an dan sebagainya.

Hasidah turut menyeru semua peserta berusaha memperkemb­angkan perniagaan yang telah diusahakan dengan pemasaran dalam talian terutama ketika musim pandemik COVID-19 ini.

Melalui kaedah ini, peniaga mahupun usahawan hanya

Pihak kerajaan negeri juga ada menyediaka­n pelbagai aktiviti kepada peniaga dan usahawan tempatan untuk terlibat dalam perniagaan secara dalam talian di bawah inisiatif Ekonomi Digital agar dapat menambah pendapatan

” keluarga.

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek)

perlu berniaga dari rumah dan tidak perlu menyewa di kedai atau membuka gerai yang mana dapat mengurangk­an kos operasi mereka.

“Pihak kerajaan negeri juga ada menyediaka­n pelbagai aktiviti kepada peniaga dan usahawan tempatan untuk terlibat dalam perniagaan secara dalam talian di bawah inisiatif Ekonomi Digital agar

dapat menambah pendapatan keluarga,” katanya.

Program CSR bersama ibu tunggal B40 dan beliawanis merupakan anjuran Pergerakan Wanita N.7 Semariang dengan kerjasama Unit Pembelajar­an Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Kuching.

Program tersebut dijalankan untuk membantu golongan ibu tunggal dan beliawanis di kawasan Semariang untuk menghasilk­an produk mereka sendiri yang boleh membantu menjana pendapatan.

Selain itu, program tersebut juga dijalankan untuk membantu peserta mengembang­kan perniagaan sedia ada dengan ilmu keusahawan­an dan pengoperas­ian perniagaan.

Program yang dijalankan di bawah Projek Pemerkasaa­n Wanita Kolej Komuniti Kuching sempena Hari Wanita 2021 telah dilaksanak­an secara bersiri bermula 27 Mac yang lalu melibatkan seramai 30 peserta.

Hadir sama Pengarah KKKg Suharyati Sulaiman, Ketua Pergerakan Wanita N.7 Semariang Hanifah Said, Penghulu Kawasan Semariang Mahidi Pihak serta yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? PERKASA WANITA: Hasidah (tengah), Suharyati (kanan), Hanifah (kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian peserta program.
PERKASA WANITA: Hasidah (tengah), Suharyati (kanan), Hanifah (kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia