Utusan Borneo (Sarawak)

Projek kawal hakisan pantai penting: Lee

Lee harap projek pemecah ombak, benteng di pantai Batu Satu dapat siap segera

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Projek pembinaan pemecahomb­akdanbente­ng batu di pantai kampung Batu Satu, Kuala Baram dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

Menteri Pengangkut­an yang juga ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin berharap projek dapat disiapkan dengan segera demi menjaga keselamata­n penduduk dari ancaman air pasang besar.

“Diharap projek berjalan dengan lancar. Siap pada tarikh ditetapkan atau lebih elok siap lebih awal kerana projek sangat penting demi keselamata­n para nelayan dan kampung,” jelas Lee.

Kerja-kerja pembinaan projek bernilai hampir RM17. 4 juta itu telah bermula pada 16 November 2020 dan dijadual siap pada 15 November 2022.

Lee berkata, projek adalah bawah Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kampung Batu Satu yang melibatkan pembinaan pemecah ombak sepanjang 180 meter menuju ke laut dan benteng batu penahan ombak sepanjang satu kilometer.

“Mengikut laporan kontraktor, projek telah lima peratus siap. Kita boleh lihat dari bahan-bahan binaan yang sudah ada, batu, jentera, sudah sedia telah mula kerja,” jelas Lee.

Penduduk dan nelayan di kampung itu kerap berdepan ancaman air pasang besar yang setiap hujung tahun.

Selain menghakis pantai, ombak besar juga merosakkan dan menghayut bot-bot nelayan sehingga ke jalan raya serta mengancam keselamata­n penduduk oleh banjir.

Lee turut menerima cadangan dari penduduk untuk memasang papan tanda amaran dan lampu isyarat keselamata­n sebagai peringatan kepada nelayan untuk lebih berhati-hati ketika melalui kawasan pantai itu.

Lee menambah, perkara itu akan dirujuk kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan syarikat kontraktor untuk pelaksanaa­n.

“Saya juga menerima maklum balas daripada nelayan di sini, mereka khuatir masa pembinaan sekarang, mereka mahu ada tanda-tanda keselamata­n.

Diharap projek berjalan dengan lancar. Siap pada tarikh ditetapkan atau lebih elok siap lebih awal kerana projek sangat penting demi keselamata­n para

” nelayan dan kampung.

Datuk Lee Kim Shin

ADUN Senadin

“LSS akan lihat cara bagaimana pasang isyarat supaya bot tidak melanggar batu yang ditembok. LSS akan kaji dan buat cadangan kepada kontraktor di mana pasang isyarat keselamata­n laut,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Lee ditemani wakil Jabatan Pengairan dan Saliran serta kontraktor ketika memantau projek kawalan hakisan pantai Batu Satu semalam.
TINJAU: Lee ditemani wakil Jabatan Pengairan dan Saliran serta kontraktor ketika memantau projek kawalan hakisan pantai Batu Satu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia