Utusan Borneo (Sarawak)

Perjalanan Francisca Luhong ke Miss Universe berakhir

-

KUCHING: Wakil Malaysia, Francisca Luhong James, 25, gadis kelahiran Kuching, gagal ke pusingan separuh akhir iaitu Top 21 di pertanding­an Miss Universe tahun ini di Florida, Amerika Syarikat.

Disiarkan secara langsung dari Florida, Amerika Syarikat, 21 peserta yang berjaya ke semi final ratu cantik nombor satu dunia itu adalah peserta dari Colombia, Peru, Australia, Perancis, Myanmar, Jamaica, Mexico, Republik Dominika, Amerika Syarikat,

Indonesia, Argentina, India, Curacao, Puerto Rico, Filipina, Brazil, Great Britain, Nicaragua, Thailand, Costa Rica dan Vietnam.

Sementara itu peserta dari Republik Dominika, Jamaica, India, Peru,

Australia, Puerto Rico, Thailand, Costa Rica, Mexico dan Brazil berjaya melangkah ke Top 10 untuk dipilih ke final (lima orang peserta).

Francisca yang merupakan pemenang Miss Universe Malaysia 2020 berjaya melepasi pusingan awal dengan kemunculan­nya mengenakan kostum ‘Kampungku’ untuk slot Kostum Kebangsaan pada Jumaat lalu.

Kostum itu direka oleh pereka tanah air terkemuka Carven Ong, bersama replika rumah kampung dalam bentuk 3D yang mengagumka­n, menggambar­kan seni bina tradisiona­l Malaysia.

Dilahirkan pada 14 Oktober 1996, Francisca dibesarkan dalam komuniti Orang Ulu di Belaga. Ayahnya James Bungan adalah Orang

Ulu dari Ulu Sungai Asap manakala ibunya Pauline Japok, Iban dari Kanowit.

Francisca kini bekerja di sebuah syarikat perhubunga­n awam dan pemasaran di Kuala Lumpur.

Pada Sabtu Francisca, memberi persembaha­n cemerlang pada pusingan penentuan ke separuh akhir dengan memperagak­an pakaian renang dan gaun malam dalam dua segmen untuk dinilai juri.

Memperagak­an rekaan pereka, Rizman Ruzaini pada segmen gaun malam, gadis keturunan Dayak itu cukup anggun dan elegan. Bahkan, gaun yang digayakan itu adalah gaun kejutan dan ramai memuji.

Dalam pertanding­an akhir semalam peserta dari Mexico, Andrea Meza dinobatkan Miss Universe ke-69 selepas mengatasi

73 peserta lain.

 ??  ??
 ??  ?? WAKIL MALAYSIA: Francisca tampil dengan kostum ciptaan Carven Ong untuk segmen Kostum Kebangsaan semasa pertanding­an Miss Universe di Florida baru-baru ini.
WAKIL MALAYSIA: Francisca tampil dengan kostum ciptaan Carven Ong untuk segmen Kostum Kebangsaan semasa pertanding­an Miss Universe di Florida baru-baru ini.
 ?? — Gambar Instagram ?? ELEGAN: Francisca memperagak­an rekaan Rizman Ruzaini semasa segmen gaun malam Miss Universe.
— Gambar Instagram ELEGAN: Francisca memperagak­an rekaan Rizman Ruzaini semasa segmen gaun malam Miss Universe.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia