Utusan Borneo (Sarawak)

PENIAGA AKUR PKPB DILANJUT MESKIPUN JUALAN MERUDUM

Rata-rata pemilik restoran faham langkah diambil untuk kekang COVID-19, namun harap kerajaan tampil dengan insentif

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pemilik restoran di bandar raya ini akur dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 7 Jun depan, meskipun hasil jualan mereka menurun disebabkan jumlah pelanggan yang tidak ramai.

Pemilik Kafe Kuehpedia Affila Othman berkata, mereka faham tempoh PKPB di Sarawak perlu dilanjutka­n bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin membimbang­kan.

“Namun sebagai peniaga, ia memberi kesan terhadap jualan perniagaan kerana hanya perkhidmat­an penghantar­an atau bawa pulang makanan sahaja dibenarkan sepanjang tempoh ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau mengakui dengan tidak membenarka­n premis makanan beroperasi secara ‘dine-in’ atau makan di kedai menyebabka­n hasil jualan menurun 60 hingga 80 peratus.

“Ini kerana kebanyakan pelanggan kami lebih suka makan di dalam kedai berbanding dengan hanya bungkus atau membawa pulang makanan,” katanya.

Bagi Pengurus Kedai Kafe Bujang Lelang Ayza Josim, meskipun akur dengan keputusan itu, beliau harap PKPB tidak dilanjutka­n bagi tempoh yang agak lama kerana ia boleh mengganggu pendapatan perniagaan­nya.

“Jika kedai tidak dibuka untuk pelanggan, perniagaan akan kurang mendapat sambutan kerana kebanyakan pelanggan cenderung memilih untuk ‘dine-in’.

“Ini akan menjejaska­n hasil jualan termasuk minuman, kerana jualan air minuman juga menyumbang kepada pendapatan perniagaan.

“Malah, peniaga yang menyewa gerai kecil juga mungkin terpaksa menutup perniagaan kerana kesukaran untuk mendapatka­n hasil jualan dan ini akan mempengaru­h perniagaan terhadap pemilik kedai,” katanya.

Jika kerajaan melanjutka­n PKPB, Ayza berkata, mereka juga perlu melanjutka­n bantuan Geran Khas Prihatin atau diskaun 50 peratus untuk penyewa kedai dan peniaga lain demi kelangsung­an perniagaan mereka.

Sementara itu, pemilik Mee Brunei Muzium di Satok, Siti Shalawati Molok berkata, beliau bersetuju PKPB dilanjutka­n demi keselamata­n rakyat memandangk­an kes COVID-19 di Sarawak masih tinggi.

“Tetapi bagi peniaga kecilkecil­an seperti kami, situasi ini sememangny­a agak mencabar kerana bukan sahaja

Jadi mungkin lebih baik jika kerajaan memberi bantuan tambahan yang boleh membantu meringanka­n beban kami atau kaedah lain yang dapat membantu meningkatk­an perniagaan ketika berdepan

” dengan situasi COVID-19 ini.

Siti Shalawati Molok

Pemilik Mee Brunei Muzium

perlu menanggung kerugian dengan hasil jualan kami yang tidak seberapa. Bahkan kami juga perlu membayar gaji pekerja, sewa kedai dan kos operasi lain.

“Jadi mungkin lebih baik jika kerajaan memberi bantuan tambahan yang boleh membantu meringanka­n beban kami atau kaedah lain yang dapat membantu meningkatk­an perniagaan ketika berdepan dengan situasi COVID-19 ini,” katanya.

Pemilik Qims Café, Nur Mustaqim Biswandy juga menyokong dengan lanjutan PKPB untuk mengurangk­an kes COVID-19, tetapi kurang bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP) yang seringkali bertukar dan tidak bersesuaia­n dengan keadaan semasa.

Beliau mempersoal­kan tindakan SOP yang melarang makan di kedai di premisprem­is jualan biasa, sedangkan pusat beli-belah yang dilihat tidak dapat menjaga penjarakan fizikal boleh beroperasi seperti biasa.

“Mengapa syarikat perniagaan besar tidak dikawal ketat tapi perusahaan sederhana kecil seperti kami dikawal ketat dengan SOP?

“Justeru saya berpendapa­t adalah bagus sekatan pergerakan diadakan secara menyeluruh selama 21 hari seperti dilakukan di New Zealand dan negara lain untuk mengawal wabak ini sepenuhnya daripada kita sering bertukar SOP setiap hari tapi masih tidak dapat mengawalny­a,” jelas beliau.

Mustaqim yang sudah berniaga selama dua tahun berkata, hasil jualan di kedainya kini menurun sehingga 70 peratus dan berharap agar kerajaan dapat menyediaka­n insentif yang dapat merangsang ekonomi dan kepentinga­n sektor perniagaan.

Manakala pemilik Restoran Mom Laksa, Mastika Jamali berkata, beliau bersetuju dengan langkah diambil kerajaan untuk menangani COVID-19 dengan melanjutka­n tempoh PKPB di Sarawak sehingga 7 Jun depan.

“Meskipun restoran tidak dibenarkan ‘dine ini’ sepanjang PKPB ini, namun kita tidak boleh bersikap pentingkan diri dengan tidak memberi kerjasama kepada pihak kerajaan.

“Malah sebagai peniaga kita juga perlu memainkan peranan penting dalam memerangi wabak ini,” katanya.

Lagipun katanya, peniaga harus bersyukur kerana masih dibenarkan untuk menjalanka­n perniagaan dengan penghantar­an makanan atau bawa pulang sahaja.

“Sebagai seorang peniaga, kita harus berfikir di luar kotak atau lebih kreatif ketika wabak COVID-19 melanda dan bukannya menyalahka­n keadaan semata-mata.

“Walau apapun keadaan, manusia perlukan makanan, jadi kita hanya perlu menukar strategi perniagaan kita.

“Dan alhamdulil­ah perniagaan saya semakin bagus dengan adanya rancangan pemasaran seperti kempen strategi ‘FOOD ANDA’ dan ‘LAKSA INSTANT’ yang dapat memudahkan pelanggan untuk sentiasa duduk di rumah,” katanya sambil berharap PKPB ini dapat membantu melandaika­n kes jangkitan COVID-19.

Pada 15 Mei lalu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengumumka­n PKPB di Sarawak dilanjutka­n untuk tempoh tiga minggu lagi mulai 18 Mei hingga 7 Jun.

Pelanjutan tempoh PKPB ini dipersetuj­ui setelah menilai situasi kes positif COVID19 yang masih tinggi di negeri ini.

“Maklumat tambahan lengkap berhubung garis panduan (SOP) lanjutan PKPB akan dipaparkan di laman web Majlis Keselamata­n Negara (MKN),” katanya menerusi kenyataan.

 ??  ??
 ??  ?? NUR MUSTAQIM
NUR MUSTAQIM
 ??  ?? AFFILA
AFFILA
 ??  ?? AYZA
AYZA
 ??  ?? SITI SHALAWATI
SITI SHALAWATI
 ??  ?? MASTIKA
MASTIKA
 ??  ?? CEKAL BERTAHAN: Ayza sedang menyiapkan tempahan pelanggan untuk dibawa pulang.
CEKAL BERTAHAN: Ayza sedang menyiapkan tempahan pelanggan untuk dibawa pulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia