Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 433 KES, SATU KEMATIAN SEMALAM

-

KUCHING: Sarawak mencatatka­n 433 kes baharu COVID-19 semalam dengan sejumlah 61.89 peratus daripadany­a dikesan di daerah Miri, Kapit, Sibu, Kuching dan Belaga.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Daerah Miri merekodkan kes harian tertinggi iaitu 69 kes.

Ia diikuti daerah Kapit (61), Sibu (48), Kuching (47), Belaga (43), Bintulu (29), Pakan (25), Selangau (16), Samarahan (14), Bukit Mabong (10), Daro (9), Sarikei (7), Kanowit (6), Pusa (5), Sri Aman (5), Bau (5), Mukah (5), Subis (4), Song (4), Beluru (4), Sebauh (3), Serian (3), Matu (2), Tatau (2), Tebedu (2), Betong (2), Tanjung Manis (1), Asajaya (1) dan Meradong (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n di Sarawak meningkat kepada 38,816 kes.

JPBNS berkata, Sarawak turut mencatatka­n satu lagi kematian semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kematian 225 orang.

Kes kematian terbaharu ini membabitka­n pesakit berumur 70 tahun yang ditempatka­n di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) di Sibu apabila disahkan positif pada 29 April melalui saringan kontak rapat.

“Kes tidak mempunyai gejala pada masa itu. Kes telah dibenarkan pulang dalam keadaan sihat dan meneruskan baki kuarantin di rumah.

“Namun semasa kes mendapatka­n rawatan susulan di Klinik Kesihatan Tatau, kes mulai mengalami sesak nafas dan terus dirujuk ke Hospital Bintulu,” katanya.

Dia yang berpenyaki­t darah tinggi serta gout disahkan meninggal dunia pada 15 Mei.

Dalam pada itu, JPBNS turut memaklumka­n 434 kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj semalam.

Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,381 orang.

“Hari ini juga seramai 443 individu disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan satu PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia