Utusan Borneo (Sarawak)

OPS MABUK: TIGA INDIVIDU DITAHAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL

-

KUCHING: Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengesan tiga pengguna jalan raya yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Ops Mabuk di Jalan Simpang Tiga, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 35 hingga 54 tahun tersebut telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian menggunaka­n alat Evidential Breath Analyzer (EBA) mendapati dua daripada lelaki tempatan tersebut positif alkohol iaitu kandungan alkohol melebihi 55mg/100ml dan 137mg/100ml, manakala seorang lagi negatif yang mana tidak melebihi kandungan alkohol yang ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Merbin selain itu memberitah­u, operasi yang dijalankan dari jam 9 malam kelmarin hingga awal pagi semalam juga merekodkan 27 saman pelbagai kesalahan dikeluarka­n.

Antara kesalahan tersebut katanya, tidak memakai tali pinggang keledar sebanyak satu saman, tiada nombor pendaftara­n (2), nombor pendaftara­n tidak ikut peraturan (6), gagal tunjuk lesen memandu (6), lesen memandu tamat tempoh (1), tidak pamer cukai jalan (1), LKM tamat tempoh (2), tidak pamer huruf P (1), ubah suai ekzos (4), aksesori tak sempurna (2) dan tiada cermin sisi (1).

Tambah Merbin lagi, sebanyak 71 kenderaan dan 84 orang telah diperiksa sepanjang operasi tersebut.

“Walaupun Ops Mabuk ini kerap kali diadakan, masih terdapat individu yang dikesan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuching akan meneruskan operasi seumpama ini bagi menyampaik­an mesej kerajaan untuk membendung gejala pemandu mabuk dalam usaha mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut di daerah ini,” tegas beliau.

 ??  ?? PERIKSA: Antara orang awam yang diperiksa kandungan alkohol menggunaka­n alat EBA.
PERIKSA: Antara orang awam yang diperiksa kandungan alkohol menggunaka­n alat EBA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia