Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak rekodkan tiga kluster baharu semalam

Kluster Jln Sultan Tengah (Kuching), Kluster Stunggang Melayu (Lundu) dan Kluster Jln Jambusan (Bau)

- Oleh Marlinda Mardzuki

Hasil siasatan mendapati sejumlah 27 individu telah disaring dengan enam kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks yang turut melibatkan dua orang

” bukan warganegar­a.

Kenyataan JPBNS

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytih­arkan tiga kluster baharu iaitu masingmasi­ng satu di Daerah Kuching, Lundu dan Bau semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, tiga kluster itu ialah Kluster Jalan Sultan Tengah di Kuching, Kluster Stunggang Melayu di Lundu dan Kluster Jalan Jambusan di Bau.

Mengenai Kluster Jalan Sultan Tengah, ia merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pekerja sebuah pusat peranginan di Santubong.

“Hasil siasatan mendapati sejumlah 27 individu telah disaring dengan enam kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks yang turut melibatkan dua orang bukan warganegar­a.

“Manakala 21 kes lagi didapati negatif. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi Kluster Stunggang Melayu, Lundu pula, JPBNS berkata, ia merupakan kluster komuniti yang dikesan di Kampung Stunggang Melayu, Lundu.

“Sejumlah 121 individu telah disaring dengan lapan kes dikesan positif COVID19 termasuk kes indeks dan 113 kes lagi didapati negatif.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke HUS dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Lundu bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut,” jelasnya.

Manakala Kluster Jalan Jambusan kata JPBNS, ia merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan satu perhimpuna­n keluarga sempena sambutan Hari Ibu yang telah diadakan di sebuah premis kediaman di Jalan Jambusan di Daerah Bau.

Perhimpuna­n itu dihadiri 26 ahli keluarga dari Daerah Bau dan Kuching.

“Hasil siasatan mendapati sejumlah 50 individu telah disaring dengan 17 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 26 kes didapati negatif dan tujuh kes lagi masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke HUS dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching dan Daerah Bau bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n satu kluster tamat iaitu Kluster Pasar Ikan Sebiew, Bintulu berikutan tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas.

Susulan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah 83 kluster.

Daripada jumlah tersebut, 11 kluster telah merekodkan 86 penambahan kes baharu manakala 72 kluster tiada penambahan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia