Utusan Borneo (Sarawak)

PSB buat laporan polis akaun FB rasmi digodam

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) menerusi sayap Pemuda telah membuat laporan polis berkenaan akaun Facebook rasmi parti itu yang telah digodam dan ditiru oleh individu tidak dikenali mulai kelmarin.

Laporan polis dibuat oleh pentadbir asal laman sesawang itu, Sze Kuan San, 46, di Balai Polis Sungai Maong, Batu Tiga setelah mendapati akaun asal PSB pusat tersebut digodam dengan membuat pelbagai hantaran jelik berbentuk karikatur, ayat dan grafik yang bersifat provokasi, pembohonga­n dan tidak tepat berkenaan misi dan visi PSB.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PSB Pusat itu, akaun asal menggunaka­n nama Parti Sarawak Bersatu yang beliau sebagai pentadbir asal telah digodam oleh seseorang sama ada secara individu atau berkumpula­n.

“Dalam setiap ‘posting’ jelas memperliha­tkan individu tersebut atau berkumpula­n mengajak orang awam agar membenci PSB dengan membuat hantaran yang seolah-olah PSB sebuah parti yang rasis, wujud amalan berpuak-puak, memperleke­h perpaduan kaum di Sarawak, ada kepimpinan PSB yang tiada integriti dan tidak boleh dipercayai,” katanya kepada media.

“Untuk mengukuhka­n laporan saya sertakan lampiran bahan ‘posting’ tidak bertanggun­gjawab tersebut kepada polis,” ujarnya dan menambah mahu pihak berkuasa menyiasat pemilik akaun yang melakukan godaman dengan niat mahu menjatuhka­n nama baik PSB.

Katanya, PSB kini sangat diterima baik oleh semua pengundi di pelbagai peringkat, justeru terdapat individu atau secara berkumpula­n yang mahu melakukan sabotaj dengan harapan mewujudkan rasa kebencian terhadap parti itu.

“Maka kami berharap dengan laporan polis ini yang akan dipanjangk­an kepada pihak Suruhanjay­a Securiti Malaysia (SKMM) tiada lagi pihak mahu melakukan niat tidak baik kepada PSB,” tegasnya.

Turut mengiringi Kuan San ialah Ketua Pemuda merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili selaku Timbalan Presiden PSB Dr Johnical Rayong Ngipa.

 ??  ?? BERSIH NAMA: Kuan San (kanan) bersama Dr Rayong menunjukka­n laporan polis dan lampiran bahan bukti selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Maong pagi semalam.
BERSIH NAMA: Kuan San (kanan) bersama Dr Rayong menunjukka­n laporan polis dan lampiran bahan bukti selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Maong pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia