Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku liwat anak saudara dipenjara lima tahun, dua sebatan

-

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun selepas dia mengaku bersalah meliwat anak saudaranya, semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Marutin Pagan menjatuhka­n hukuman ke atas tertuduh yang didakwa melakukan serangan seksual secara fizikal terhadap mangsa yang masih di bawah umur untuk tujuan seksual dengan menyentuh dubur mangsa menggunaka­n bahagian sulitnya.

Tuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 ini memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

Dia didapati melakukan kesalahan itu pada Mac tahun lalu di sebuah rumah di sini.

Marutin turut memerintah­kan hukuman penjara tertuduh dijalankan dari tarikh penangkapa­nnya pada 25 Julai tahun lalu.

Menurut fakta kes, mangsa yang merupakan anak yatim piatu, pada 24 Julai tahun lalu memberitah­u seorang kakitangan rumah kebajikan anak yatim yang mana dia menjadi penghuni di situ bahawa dia telah diliwat oleh bapa saudaranya di rumah neneknya.

Kakitangan berkenaan kemudian memaklumka­n kepada pengurus rumah anak yatim itu yang kemudian membuat laporan polis.

Siasatan polis mendapati mangsa dan abangnya dihantar ke rumah anak yatim oleh nenek mereka setelah ibu mereka meninggal dunia.

Kedua-dua adik-beradik itu akan pulang ke rumah nenek mereka semasa cuti sekolah.

Tertuduh yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah dia disabitkan oleh mahkamah yang sama pada 8 Oktober tahun lalu atas tuduhan dan kesalahan yang sama terhadap abang mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia