Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes pukul berjaya ditangkap depan hotel bajet

-

KUCHING: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tular pukul menggunaka­n sebatang kayu dan getah paip dalam satu kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Bintawa pada 9 Mei lalu berjaya ditangkap malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa berkata, suspek berusia 23 tahun ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching pada jam 11 malam di hadapan sebuah hotel bajet di King Centre, di sini.

Jelas Merbin, hasil semakan rekod jenayah lampau, suspek mempunyai satu rekod kes dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Susulan tangkapan tersebut, pihak polis juga telah berjaya membuat rampasan iaitu getah paip yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Suspek telah dibawa ke mahkamah pagi ini (kelmarin) untuk tujuan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan reman diluluskan selama empat hari sehingga 21 Mei depan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Sarawak untuk mendapatka­n arahan pendakwaan di mahkamah.

Dalam perkembang­an berasingan, Merbin memaklumka­n lima lelaki dan dua wanita tempatan dikompaun ekoran melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis permainan jenis snuker di Jalan Song, malam kelmarin.

Pengeluara­n kompaun terhadap individu berusia dalam lingkungan 21 sehingga 31 tahun itu katanya, dibuat susulan pemeriksaa­n pasukan pemantauan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching.

“Manakala, pada tarikh yang sama jam 8.20 malam di City Square, Jalan Pending di sini, pasukan pemantau yang diketuai oleh Ketua Polis Balai, Balai Bintawa telah mengeluark­an kompaun terhadap empat lelaki dan seorang wanita tempatan lingkungan umur 15 hingga 17 tahun berikutan gagal memakai pelitup muka di tempat awam,” ujar beliau.

Menurutnya juga, kesemua individu terbabit telah dikompaun mengikut Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) Pindaan 2021, (No. 21) 2021 kerana tidak mematuhi Arahan Ketua Pengarah.

“Kesemua mereka dibawa balik ke Balai Polis IPD

Kuching untuk pengeluara­n kompaun,” katanya lagi.

 ??  ?? DITANGKAP: Suspek ditangkap di hadapan sebuah hotel bajet di King Centre.
DITANGKAP: Suspek ditangkap di hadapan sebuah hotel bajet di King Centre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia