Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kilang perabot dicekup gara-gara miliki dadah di Bau

-

KUCHING: Seorang pekerja kilang perabot ditangkap bersama satu bekas tin kecil berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu dalam gengaman semasa diperiksa di kawasan Pekan Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) sedang menjalanka­n rondaan sekitar jam 9.45 pagi sebelum menahan suspek berusia 25 tahun yang berada dalam keadaan mencurigak­an.

Menurutnya, suspek cuba menyembuny­ikan dadah tersebut di belakang badannya.

“Hasil pemeriksaa­n telah menemui satu peket plastik kecil lutsinar yang berisi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran Berat Kasar 0.34 gram.

“Suspek kemudian ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Suspek yang beralamat di KampungDau­nSingaiitu­juga dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk ujian pemeriksaa­n air kencing.

“Pemeriksaa­n saringan awal air kencing juga mengesahka­n suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Tegas beliau juga, mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, boleh dikenakan denda tidak lebih RM5000 atau hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun dan diperintah­kan menjalani pengawasan tidak lebih dari dua tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun dibawah seksyen 38B ADB 1952, jika sabit kesalahan.

Suspek yang mengaku mengambil dadah sejak awal tahun 2021 itu bagaimanap­un dilaporkan tidak mempunyai rekod lampau.

Siasatan awal juga mendapati suspek mengambil dadah untuk berseronok serta pengaruh kawan.

 ??  ?? BAHAN KES: Dadah sekitar 0.34 gram yang diletakkan di dalam bekas tin kecil.
BAHAN KES: Dadah sekitar 0.34 gram yang diletakkan di dalam bekas tin kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia