Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki senjata tanpa kebenaran, tiga sahabat direman empat hari

-

MIRI: Tiga sahabat yang ditangkap kerana disyaki memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran sah diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Willie Francis.

Dalam permohonan­nya, Willie memberitah­u sepasukan polis diketuai Inspektor Sandes Edwin Umpang yang melakukan Op Aidilfitri telah membuat pemeriksaa­n ke atas sebuah rumah yang terletak di Jalan Piasau 2D di sini.

Dalam pemeriksaa­n yang dilakukan sekitar jam 11.10 malam, 16 Mei lalu, polis mendapati terdapat tiga lelaki berada dalam rumah itu.

Polis yang kemudian membuat pemeriksaa­n lanjut ke atas rumah itu telah menjumpai beberapa barang seperti empat utas jam tangan berjenama, sebuah gong tembaga, satu patung tembaga berbentuk singa, tiga buah meriam tembaga kecil dan sebuah tapak sirih berserta kacip tembaga.

Turut dijumpai ialah tiga unit busar, dua bilah pedang termasuk sebilah samurai, dua unit kaki lampu tembaga dan selaras pistor perhiasan antik.

Kesemua barang itu dirampas dan ketiga-tiga suspek ditangkap mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 untuk siasatan lanjut.

Dalam permohonan lanjutnya, Willie berkata reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ketiga-tiga suspek yang berusia 35, 27 dan 28 tahun masing-masing dari Tudan, Pujut 4 dan Piasau Utara di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas ketiga-tiga suspek sehingga 21 Mei ni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia