Utusan Borneo (Sarawak)

Sorakan ekonomi boleh berubah tangisan jika jangkitan COVID-19 kekal di paras tinggi

-

KUALA LUMPUR: Sedang ekonomi negara mencatatka­n angka sebenar yang baik, angka jangkitan harian COVID-19 pula melambung tinggi sejak sebulan lalu, pertama menerusi angka 1,000-an, kemudian 2,000-an, diikuti 3,000-an dan 4,000-an pada Jumaat (7 Mei) dan Sabtu (8 Mei). Ia kemudian kembali 3,000-an pada 9 Mei dengan 3,733 kes.

Dari segi ekonomi, angka terbaru Jabatan Perangkaan menunjukka­n kadar penganggur­an Mac menurun 0.1% kepada 4.7% dengan jumlah penganggur­an merosot 24,400 orang kepada 753,200 orang, berbanding 777,500 pada Februari. Malahan, jumlah orang yang bekerja pada Mac naik 0.2% atau 34,300 orang menjadi 16.08 juta, berbanding 16.05 juta pada Februari.

Sejak April 2020, jumlah orang bekerja merosot tetapi buat pertama kalinya setelah kemerostoa­n 11 bulan berturut-turut, jumlah mereka yang bekerja mencatatka­n pertumbuha­n positif sebanyak 0.6% (96,900 orang), menurut Ketua Statistik Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengeru­sikan Majlis Pekerjaan Nasional (NEC) mengatakan seramai 150,597 pencari kerja telah berjaya memperoleh pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanak­an pada 23 April – melebihi unjuran kumulatif. Kerajaan, melalui NEC, mensasar mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan untuk tahun ini.

“Usaha kerajaan meningkatk­an pelaburan berhasil mewujudkan 33,907 pekerjaan baharu dan 76% berada dalam kategori mahir dan separuh mahir. Ini adalah sebahagian sasaran 160,000 pekerjaan baru dari komitmen pelaburan untuk 2021,” katanya dalam catatan Facebook pada 7 Mei.

Satu lagi perangkaan positif ialah Malaysia dijangka dapat meraih pelaburan langsung asing (FDI) tahun ini yang melebihi RM164 bilion – jumlah FDI tahun lalu.

Menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Malaysia telah berjaya menarik FDI berkualiti tinggi bernilai RM81.9 bilion dari 240 syarikat sejak April – termasuk pelaburan dalam teknologi, inovasi, teknologi hijau, kenderaan elektrik dan sektor teknologi kewangan.

Ini bermakna purata FDI RM20.5 bilion sebulan yang memberikan unjuran konservati­f RM246 bilion tahun ini, tidak termasuk pelaburan asing bernilai RM44 bilion yang kini dalam pelbagai peringkat penilaian, dan komitmen pelaburan yang diraih semasa misi pelaburan terbaru Azmin ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari akhir April hingga awal Mei.

Menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Miti), dari segi potensi pelaburan, syarikat-syarikat di Arab Saudi telah memberi komitmen pelaburan segera sejumlah RM200 juta di Malaysia.

Pada masa sama, syarikat Arab Saudi juga telah memberi komitmen mendapatka­n barang dan perkhidmat­an Malaysia berjumlah RM833.5 juta, yang akan direalisas­ikan pada tahuntahun mendatang.

Begitu juga untuk UAE, Miti mengatakan syarikat-syarikat Emirat telah memberi komitmen segera melabur secara keseluruha­n sejumlah RM2.16 bilion di Malaysia dan membeli barang-barang Malaysia berjumlah RM470 juta.

Dan yang menarik ialah FDI yang diraih setakat ini tidak bersifat sepihak dalam erti kata hanya memberi tumpuan kepada Lembah Klang atau Semenanjun­g Malaysia. Syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan, misalnya, bersetuju melipatgan­da pelaburan di Sabah dari RM2.3 bilion kepada RM4.24 bilion. Sementara pembekal komponen elektronik Jepun Taiyo Yu-den berhasrat melabur RM3.75 bilion mengembang­kan operasinya di Sarawak.

Satu lagi angka ekonomi positif ialah Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Malaysia yang meningkat 53.9 pada April, pengembang­an terkuat sejak Julai 2012 – menunjukka­n peningkata­n kukuh kesihatan sektor pembuatan, menurut IHS Markit.

“Data April menunjukka­n pengeluara­n meningkat pertama kalinya dalam sembilan bulan – rentak pertumbuha­n paling kuat sejak Jun 2020. Syarikat biasanya mendapati pertumbuha­n baru ekoran permintaan pasaran meningkat yang menyebabka­n peningkata­n pesanan.

“Jumlah pesanan baharu juga kembali berkembang pada April, kenaikan pertama sejak September 2018. Rentak kenaikan itu kukuh, dan paling cepat dalam tujuh tahun, kerana pengeluar mendapati keyakinan pelanggan yang lebih kuat, terutama untuk produk baru. Tambahan pula, penjualan eksport baru meningkat pertama kalinya sejak November 2019, apabila permintaan di pasaran utama di seluruh Asia dan AS pulih,” katanya.

Akhir sekali, perdaganga­n, eksport dan import mencapai rekod tertinggi apabila semuanya menunjukka­n kenaikan pada Mac 2021. Jumlah dagangan berkembang 25.6% kepada RM185.74 bilion berbanding Mac 2020. Eksport naik 31%, melepasi RM100 bilion iaitu RM104.95 bilion. Import bertambah 19.2% kepada RM80.79 bilion dan lebihan dagangan melonjak 96.1% kepada RM24.15 bilion. Perdaganga­n, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatka­n pertumbuha­n dua digit selama dua bulan berturut-turut.

Semua sorakan kepada angka positif hasil prestasi ekonomi yang baik boleh berubah menjadi tangisan jika jangkitan harian COVID-19 tidak dikawal.

Angka yang harus dipantau adalah jangkitan harian tertinggi sepanjang masa sebanyak 5,728 dicatatkan pada 30 Januari. Jika angka ini ditembusi, ia bermakna munculnya puncak barudalam jangkitan harian, bersamaan dengan permulaan gelombang keempat.

Oleh itu, adalah sangat penting membatasi angka jangkitan pada 3,000-an, dan kemudian menurunkan­nya menjadi 1,000an dan akhirnya jangkitan harian tiga digit untuk kita menghela nafas lega, walaupun ia bukan bermakna berakhirny­a masalah.

Bagaimana ini dapat dicapai? Kuncinya terletak pada perincian keperluan untuk menyeimban­gkan antara kehidupan dan penghidupa­n yang bukan terlalu mudah untuk dicapai.

Beberapa hari kebelakang­an ini, kita dapat melihat penguatkua­saan SOP yang lebih ketat seperti yang saya alami secara peribadi di tempat ATM untuk mengeluark­an wang tunai, apabila beberapa pegawai penguatkua­sa memasuki juga, dan meminta semua orang menunjukka­n aplikasi MySejahter­a yang diimbas, atau dihentikan pegawai penguatkua­sa hampir tengah malam untuk bertanya di mana destinasi saya semasa saya dalam perjalanan ke stesen pam untuk mengisi petrol.

Juga, potensi perjalanan rentas negeri melalui Lebuhraya

Persekutua­n yang tidak disekat kini disekat melalui sekatan jalan oleh pihak polis.

Kerajaan tidak perlu menunggu jangkitan harian mencecah 3,000-an untuk penguatkua­saan ketat ini, kerana ia seharusnya menjadi ciri utama penguatkua­saan selagi jangkitan harian belum mencapai tahap dua atau tiga digit, lebih-lebih lagi ketika jangkitan harian berada di paras 1,000-an.

Dan tidak seperti di gerai burger di Kelantan yang didenda RM 50,000, pegawai penguatkua­sa yang saya temui di ATM sangat sopan dan tegas – sebilangan kecil yang tidak mengimbas aplikasi MySejahter­a mereka diberi teguran lisan dan disuruh keluar untuk mengimbas aplikasi mereka, dengan butiran peribadi mereka diambil tanpa disaman.

Ini adalah penguatkua­saan dengan hati, yang pastinya akan menawan banyak lagi hati, atau seperti yang dijelaskan oleh rakan saya di EMIR Research, Jason Loh, penguatkua­saan empati atau prihatin dalam artikelnya, ‘Pegawai penguatkua­sa, tolong tunjukkan empati’.

Kerajaan juga mesti memperbaik­i komunikasi kepada rakyat agar semua SOP dapat difahami dengan mudah dan tidak kelihatan bertentang­an. Tetapi rakyat juga harus memahami ini adalah pertama kalinya pandemik seperti ini menimbulka­n pilihan sukar antara penakatan ekonomi dengan kesihatan awam, lantas menerima perubahan dalam SOP yang diumumkan kerajaan setiap kali ia mendapat maklum balas baru.

Masalah tidak akan berkuranga­n jika perubahan ini disindir dengan cemuhan pusingan U kerana hakikatnya, formula kejayaan dalam perang melawan virus COVID-19 adalah tanggungja­wab peribadi dan sosial semua warga berhubung dengan amalan asas kebersihan diri 3W dan mengelakka­n 3C.

Amalan3W–mencuci(wash) tangan,memakai(wear)pelitup muka, dan memperhati­kan amaran (warning) KKM mengenai berjabat tangan, etika batuk dan bersin yang baik, dapatkanra­watanjikas­imtomatik, membasmi kuman permukaan yangsering­disentuh,dantinggal di rumah. 3C pula terungkap dalam amalan mengelakka­n tempat sesak (crowd), ruang terbatas (confine), dan perbualan rapat (close).

Selain penguatkua­saan lebih ketat, apa yang perlu dilakukan kerajaan adalah memastikan khidmat jagaan kesihatan tidak terbeban agar jangkitan harian pada angka 5,000-an dapat ditangguhk­an atau lebih baik lagi, dihapuskan.

Apa yang perlu dilakukan rakyat pula menggarap sedalam-dalamnya ketibaan gelombang keempat akan membawa kepada situasi lebih dasyat yang impaknya akan menghambat semua pencapaian ekonomi, apatah lagi jumlah korban jiwa yang ditanggung. Lantaran itu, adalah terlalu amat penting untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. - (Artikel oleh Jamari Mohtar, Pengarah Media & Komunikasi, EMIR Research)

 ??  ?? PRIHATIN: Tuan Nazir menyerahka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran.
PRIHATIN: Tuan Nazir menyerahka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran.
 ??  ?? JAMRI MOHTAR
JAMRI MOHTAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia