Utusan Borneo (Sarawak)

Katil ICU di empat hospital COVID-19 di Sarawak penuh

Negara dan negeri khasnya berdepan saat sangat kritikal, menuntut kerjasama semua putuskan rantaian COVID-19

- Oleh Patricia Gari

Situasi COVID-19 di seluruh negara termasuk Sarawak sangat buruk. Kita ketika ini dalam krisis dan amat merayu kepada semua rakyat memainkan

” peranan. Tolong duduk di rumah!

KUCHING: Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata, katil di Unit Jagaan Rapi (ICU) di empat hospital kerajaan di negeri ini yang merawat pesakit COVID-19 sudah penuh.

Beliau dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, negara dan negeri khasnya berdepan saat sangat kritikal ketika ini, menuntut kerjasama semua rakyat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Menurutnya, sistem penjagaan kesihatan negeri ketika ini pada tahap kritikal kerana situasi dihadapi sekarang sangat berbeza berbanding setahun lalu.

Dr Chin berkata, para doktor juga bertungkus­lumus setiap hari untuk menukar ventilator atau katilkatil di ICU bagi memastikan pesakit COVID-19 yang seterusnya dapat dirawat.

Ujarnya lagi, jumlah ventilator di empat hospital utama milik kerajaan di negeri tidak mencukupi.

“Situasi COVID-19 di seluruh negara termasuk Sarawak sangat buruk. Kita ketika ini dalam krisis dan amat merayu kepada semua rakyat memainkan peranan. Tolong duduk di rumah!

“Kita perlu memutuskan jangkitan COVID-19 dengan segera! Jika tidak 10 hingga 20 peratus kes positif COVID19 perlu dimasukkan ke wad dan lima hingga 10 peratus akan memerlukan rawatan di ICU.

“Bayangkan jika ada 1,000 pesakit COVID-19, 10 peratus atau 100 orang adalah pesakit dan 100 katil di ICU diperlukan!” ujarnya.

Dr Chin memberitah­u di Sarawak hanya terdapat 53 katil ICU di empat hospital utamakeraj­aandanketi­kainidi kesemua hospital berkenaan, pihaknya mengendali­kan 92 katil ICU.

“Semuanya(92katil)penuh, setiap katil akan digunakan sekurang-kurangnya 10 hari secara purata,” tambahnya.

Justeru katanya, inilah masanya rakyat membantu pasukan kesihatan dengan tinggal di rumah, tinggal dalam gelembung keluarga masing-masing, segera lakukan saringan kesihatan jikamengal­amigejalaC­OVID19 atau terdedah kepada orang mahupun kluster.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan tidak ada individu menjadi sumber jangkitan kepada ahli keluarga, kawan-kawan serta rakan sekerja terutamany­a golongan yang berisiko tinggi.

“Kerja dari rumah jika boleh. Amalkan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja, pakai pelitup muka sepanjang masa dan jangan makan secara berkumpula­n kerana ketika makan semua perlu membuka pelitup mula.

“Kita juga meminta kerjasama daripada mereka yang bekerja dalam sektor

Dr Chin Zin Hing

tidak perlu,” katanya.

Dr Chin menambah, “Jangan ditanya apa negara atau negeri boleh lakukan

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

untuk anda tetapi apa yang boleh anda lakukan sekarang untuk negara atau negeri. Semua ini adalah sementara bergantung kepada situasi di negeri ini.”

Beliau berkata, semua pihak mesti memberi kerjasama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sehingga program vaksinasi peringkat kebangsaan serta negeri selesai dengan jayanya.

“Kita berada dalam ‘situasi genting’. Tolonglah bantu kami dalam perjuangan menentang pandemik COVID-19! Saya merayu kepada anda semua. Saya memohon semua faham. Terima kasih,” ujarnya.

 ??  ?? DR CHIN
DR CHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia