Utusan Borneo (Sarawak)

Bersihkan sungai daripada tumbuhan liar sekurang-kurangnya dua kali setahun: Lee

-

MIRI: Pihak berkuasa berkaitan perlu melakukan usaha-usaha membersihk­an Sungai Miri dan anak-anak sungainya daripada tumbuhtumb­uhan liar terapung di sepanjang sungai, sekurangku­rangnya dua kali setahun.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin mengusulka­n perkara tersebut setelah menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa tumbuh-tumbuhan liar terapung tersebut akan tumbuh semula setelah sebulan dikeluarka­n dari sungai.

“Pada masa ini, usaha membersihk­an tumbuhan terapung ini dilakukan hanya setahun sekali. Melihat kepada situasi terkini mengenai masalah ini, saya mencadangk­an agar JPS Miri melakukan kebersihan sungai dua kali setahun,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan tapak projek pembersiha­n sungai di Sungai Miri Kecil di Jalan Taman RBA di Jalan Lutong semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin menyuaraka­n keprihatin­an beliau kerana tumbuh-tumbuhan liar terapung seperti keladi bunting, rumpai air dan kangkung yang tumbuh meliar, menyebabka­n halangan sepanjang laluan air dan sungai berkenaan, sekali gus boleh mengakibat­kan banjir kilat.

Beliau sudahpun meminta JPS untuk mengkaji cara mengatasi masalah tumbuhan air yang tumbuh meliar dan membiak dengan cepat, yang tidak hanya memberikan kesan di sungai tetapi turut menjejaska­n di sistem perparitan di bandar raya ini.

Mengulas lanjut, beliau berkatakaj­ianmasihdi­lakukan oleh kementeria­nnya untuk mengatasi masalah tumbuhan gondok air seperti keladi bunting dan kiambang, yang menyebabka­n halangan navigasi dan menimbulka­n membimbang­kan terhadap keselamata­n pengangkut­an awam di sungai-sungai di seluruh Sarawak.

Mengenai projek pembersiha­n sungai katanya, sebanyak sembilan projek di bawah JPS Miri telah diluluskan untuk kawasan Senadin.

Beliau menjelaska­n pelaksanaa­n projek telah diminta berikutan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa tempat di kawasan Permyjaya, Desa Pujut, Senadin dan daerah Tudan pada Januari tahun ini.

Turut mengiringi beliau melawat lokasi-lokasi itu ialah Jurutera JPS Bahagian Miri Hiew Si Tien.

 ??  ?? TINJAU: Lee (kiri) melihat laporan projek pembersiha­n sungai di Sungai Kecil Miri, sambil disaksikan oleh Hiew (kanan) dan yang lain.
TINJAU: Lee (kiri) melihat laporan projek pembersiha­n sungai di Sungai Kecil Miri, sambil disaksikan oleh Hiew (kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia