Utusan Borneo (Sarawak)

MBM periksa 3,993 premis perniagaan dari 10 hingga 16 Mei

-

MIRI: Sebanyak 3,993 premis perniagaan telah diperiksa oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi tempoh 10 hingga 16 Mei 2021 meliputi 196 pasar raya, 3,321 premis makanan, 147 penjaja, 238 lain-lain premis perniagaan serta 91 pusat penjaja.

Sebanyak 27 kompaun di bawah Ordinan Perlindung­an dan Kesihatan Awam (PPHO) 1999 telah dikeluarka­n oleh seksyen penguat kuasa MBM bagi tempoh tersebut meliputi pelbagai kesalahan.

Antaranya tidak menyediaka­n buku log masuk pelanggan, membuka premis melebihima­sayangdite­tapkan oleh JPBNS, kegagalan memakai pelitup separuh muka ketika bekerja, tidak mengamalka­n penjarakan fizikal di antara pelanggan serta tidak menyelengg­ara buku log masuk pelanggan.

MBM turut mengesahka­n kebanyakan premis makanan dan minuman semasa pemantauan dibuat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam pada itu, Setiausaha MBM Morshidi Fredrick memberitah­u, pasukan penguat kuasa MBM akan terus melakukan operasi pemantauan dan penguatkua­saan ke atas semua pusat hiburan yang dikesan beroperasi pada malam hari.

Ini kerana, meskipun pengoperas­ian pusat hiburan dilarang keras, namun masih terdapat beberapa pemilik pusat hiburan yang tidak bertanggun­gjawab beroperasi secara haram pada sebelah malam.

“Pengoperas­ian yang dilakukan oleh pemilik pusat hiburan tersebut adalah menyalahi undangunda­ng kerana bertentang­an dengan garis panduan SOP PKPB yang digariskan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkut­an Sarawak yang juga Menteri Bertanggun­gjawab bagi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin, memberitah­u Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri akan terus mengambil tindakan serius dalam mengekang situasi penularan pandemik COVID-19 di Miri melalui pasukan penguat kuasa yang bertugas untuk membuat rondaan ke premisprem­is dengan lebih kerap serta mengenakan kompaun kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi SOP COVID-19.

Beliau yang turut diiringi pengerusi JPBB Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf dan juga Morshidi telah melakukan lawatan ke empat buah pusat beli-belah di sini semalam iaitu Boulevard Miri, Servay Hypermarke­t Sdn Bhd Miri, Imperial Permaisuri Mall, Miri dan Imperial Mall Miri.

Lawatan ini turut disertai oleh agensi-agensi penguatkua­sa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Miri, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri,PejabatDae­rahMiriser­ta pasukan penguat kuasa MBM yang bertujuan memeriksa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan syaratsyar­at diperketat­kan seperti yang telah diumumkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Ini merupakan salah satu usaha penting secara berterusan dalam memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 yang kesnya semakin meningkat di Bahagian Miri,” ujar Lee.

Semasa lawatan, beliau memuji tindakan pantas pengurusan pusat beli-belah yang dilawati dalam mematuhi arahan terkini yang dikeluarka­n oleh MBM iaitu mempamerka­n jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk di samping mengehadka­n bilangan pelanggan yang masuk pada satu-satu masa dengan mengagihka­n kad bernombor di semua laluan pintu masuk pusat beli belah itu.

 ??  ?? PERIKSA: Lee (empat kiri) bersama Abdul Aziz (empat kanan) dan Morshidi (tiga kanan) bersama anggota penguat kuasa yang lain, menunjuk kad nombor giliran pelanggan semasa memeriksa salah sebuah bangunan komersial di Miri, semalam.
PERIKSA: Lee (empat kiri) bersama Abdul Aziz (empat kanan) dan Morshidi (tiga kanan) bersama anggota penguat kuasa yang lain, menunjuk kad nombor giliran pelanggan semasa memeriksa salah sebuah bangunan komersial di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia