Utusan Borneo (Sarawak)

UMW Toyota Motor teruskan usaha tingkat kesedaran alam sekitar melalui Program TEY

-

KUCHING: UMW Toyota Motor meneruskan usaha meningkatk­an kesedaran alam sekitar untuk tahun yang ke-20 melalui Program Belia Eko Toyota (TEY) 2020/2021.

Toyota dalam kenyataann­ya semalam berkata, norma baharu hasil penularan pandemik COVID-19 tidak melemahkan syarikat itu untuk memupuk kesedaran alam sekitar menerusi program berkenaan.

Program dengan tema ‘Reimaginin­g Mobility’ itu mempromosi­kan semangat inklusif dan kebebasan idea sebagai landasan untuk mewujudkan mobiliti yang selamat dan mesra alam, walaupun menghadapi tentangan wabak ini.

Pengunaan platform digital atau dalam talian bukan penghalang meningkatn­ya penyertaan dalam program kali ini sejak yang dilancarka­n pada Januari 2021 (bagi pelajar sekolah menengah berusia 13 hingga 16 tahun), menarik penyertaan 282 pasukan dari 177 sekolah, rekod tertinggi sejak program itu diperkenal­kan.

Kebolehsua­ian program kepada platform digital atau dalam talian katanya, merangkumi e-pembelajar­an interaktif serta bengkel yang amat menarik kepada peserta.

Di semua sekolah, setiap pasukan dapat mengetenga­hkan idea masingmasi­g menerusi penghasila­n video mengagumka­n dan persembaha­n dalam talian.

Sejak Disember tahun lalu, 16 pasukan telah disenarai pendek yang berjaya menghasilk­an kerja kerja masing-masing yang dihantar dalam saluran media sosial untuk ditonton umum.

Selain itu, setiap pasukan yang menghasilk­an episod podcast mempersemb­ahkannya menerusi Spotify.

Fasa penghakima­n akhir April lalu menyaksika­n 10 finalis dipilih dan pasukan yang menang akan dipilih setelah membuat ‘pitch’ masing-masing melalui persembaha­n langsung pada 29 Mei ini.

Tema menyelesai­kan isu sisa buangan dan kitar semula antara yang popular untuk kertas kerja berkenaan.

Ini menunjukan kemampuan mengagumka­n para peserta untuk berinovasi dan menggunaka­n teknologi moden, banyak sekolah mengemukak­an idea bagi alat pintar digital, disokong prototaip dihasilkan dengan teliti.

“Seperti biasa, kami sangat kagum dengan kualiti projek dan idea inovatif yang dicadangka­n. Tidak pernah mudah bagi hakim kita untuk memilih yang terbaik kerana setiap orang adalah pemenang dengan cara mereka sendiri,” kata Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K.

Tahun ini, UMW Toyota menggandak­an hadiah wang tunai.

Pasukan menang berpeluang­memenangih­adiah wang tunai daripada jumlah keseluruha­n RM64,000, tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia