Utusan Borneo (Sarawak)

Jasa penderma darah wajar dihargai

Pengorbana­n secara sukarela bantu selamatkan nyawa mereka yang memerlukan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Penderma darah layak untuk mendapat pengiktira­fan sewajarnya memandangk­an mereka adalah penyelamat masyarakat dalam negara ini.

Pengerusi Kempen Derma Darah Anjuran gabungan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Inanam Datuk Wong Thien Fook berkata, pengorbana­n mereka yang tampil menderma darah secara sukarela membantu menyelamat­kan nyawa mereka yang memerlukan.

Katanya, penghargaa­n itu termasuk dianugerah­kan pingat daripada kerajaan negeri sebagai pendorong kepada lebih ramai untuk tampil menderma darah di masa akan datang.

“Sokongan yang diberikan penderma darah akan memastikan bekalan sentiasa mencukupi terutamany­a bagi kegunaan pada waktu kecemasan.

“Di samping itu, kesedaran rakyat mengenai pentingnya menderma darah perlu sentiasa ditingkatk­an, terutamany­a semasa pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan selepas hadir pada Kempen

Derma Darah Anjuran gabungan KRT Inanam, kelmarin.

Beliau berkata, pada program berkenaan ada beberapa penderma darah yang tampil dengan rekod derma darah melebihi 100 kali.

Katanya, ia memberi gambaran betapa pentingnya jumlah golongan penderma darah ini harus ditambah dari semasa ke semasa.

Sementara itu, program derma darah KRT Inanam Gabungan KRT kawasan Inanam, hari ini, menyaksika­n sebanyak 103 pain darah berjaya dikumpulka­n.

Usaha murni yang diadakan di Tugu Peringatan Inanam itu adalah bagi membantu mengisi tabung darah hospital yang kini berdepan kekurangan bekalan darah untuk keperluan semasa.

Kempen berkenaan dijayakan dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (PENDARAH), Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Persatuan Talasemia Sabah serta Persatuan Bulan Sabit Merah.

 ??  ?? KENANGAN: Wong (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama mereka yang hadir menyokong kempen berkenaan.
KENANGAN: Wong (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama mereka yang hadir menyokong kempen berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia