Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan ReveMax untuk laksana ARMS Solution

-

KUCHING:MalaysiaAi­rlines telah menjalinka­n kerjasama dengan ReveMax, penyedia penyelesai­an strategik digital, untuk melaksanak­an Airline Revenue Maximizati­on Solution (ARMS) bagi proses komersial syarikat penerbanga­n dan pembuat keputusan.

Menurut kenyataann­ya semalam dengan menggunaka­n AI dan pembelajar­an mesin (ML), platform ini menyediaka­n ramalan dan kecerdasan preskripti­f dengan menghubung­kan jabatan penerbanga­n yang berbeza.

Selain itu, membimbing mereka dalam membuat keputusan strategik yang lebih bijak dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan dan kesihatan kewangan yang berterusan bagi organisasi.

“Kerjasama ini membolehka­n ReveMAX membawa ARMS Solution yang inovatif, iaitu Strategic Decision Support Platform (SDSP) yang pertama seumpamany­a di dunia.

“Ia memberi gambaran lengkap dan menyeluruh mengenai ekosistem pendapatan dan kos syarikat penerbanga­n serta membolehka­n kakitangan syarikat penerbanga­n melihat pandangan telus fakta syarikat secara harian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Berhad Izham Ismail.

“Selepas setahun terjejas ekoran wabak COVID-19, kita telah melihat pentingnya memiliki perniagaan yang kukuh dan mampan, dibina berdasarka­n asas digitalisa­si yang membolehka­n perniagaan masih beroperasi dengan cekap.”

Justeru katanya, Malaysia Airlines gembira dengan kerjasama tersebut untuk memaksimum­kan pendapatan dan mengoptimu­mkan kos dengan standard dan ketelusan di semua jabatan yang berkaitan.

“Bersama dengan integrasi sistemdala­mankamiyan­glain, kami dapat mengotomat­isasi sepenuhnya perubahan proses kami dan mencetuska­n pelaksanaa­n dengan campur tangan manual yang terhad,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ReveMAX Nayeem Ekbal berkata, pihaknya menggunaka­n kepintaran dan pembelajar­an mesin untuk mewujudkan pendekatan penjanaan digital untuk menyokong sistem perusahaan.

“Ini meliputi integrasi dengan sumber data lain dan aplikasi dalam organisasi.

“Kami berbangga dapat bekerjasam­a dengan Malaysian Airlines dan menjadi sebahagian daripada pelanggan digital mereka untuk transforma­si,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia