Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan naik taraf Jalan Kong Yit Khim diharap dapat dilaksana dalam RMK12

-

SIBU: Cadangan untuk menaik taraf Jalan Kong Yit Khim kepada lebuh raya berkembar empat lorong diharap dapat dilaksanak­an dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Wong Ching Yong berkata, jalan tersebut perlu dinaik taraf kerana sering ditenggela­mi air ketika musim banjir dan fenomena air pasang besar.

“Cadangan membinanya menjadi lebuh raya berkembar sudahpun diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika menyempurn­akan upacara pecah tanah Jalan Sibu Jaya-Jalan Kong Yit Khim-Jalan Lanang pada Mac tahun lalu.

“Dianggarka­n kosnya menelan perbelanja­an ratusan juta ringgit dengan menaik tarafnya menggunaka­n teknologi terkini bagi mengatasi masalah banjir. Itulah jalan penyelesai­annya untuk mengatasi masalah banjir di sini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu kelmarin, Wong bersama-sama rombongann­yatelahmen­injau jalan tersebut dan Jalan Pulau Dudong terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong yang kini telah dinaik taraf oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, pada minggu lalu JKR telah mula memperbaik­i dan meninggika­n aras di beberapa bahagian Jalan Kong Yit Khim untuk mengatasi masalah banjir.

Jelasnya, jalan tersebut sering terputus hubungan membabitka­n Sibu-Jambatan Durin akibat ditenggela­mi air apabila banjir sehingga mencecah ketinggian paras pinggang orang dewasa.

“Jalan ini terletak di tanah gambut. JKR perlu menaik taraf jalan ini setiap tahun atau sekurang-kurangnya dua tahun sekali dan ia menggunaka­n kos yang banyak untuk menurapnya dengan batu dan seterusnya ditar.

“Difahamkan, kos menaik taraf di beberapa bahagian jalannya ditenggela­mi air adalah sebanyak RM1 juta setiap kali kerja-kerja naik tarafnya dilaksanak­an,” katanya yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong.

Wong memberitah­u, beliau akan memperjuan­gkan serta memastikan projek naik taraf Jalan Kong Yit Khim kepada lebuh raya akan dapat direalisas­ikan dan menjadi perkara utama dalam manifesto pilihan raya beliau nanti.

Ini susulan nama beliau dicadangka­n oleh SUPP Cawangan Dudong dan disokong kuat oleh Presiden SUPP Dato Sri Dr Sim Kui Hian untuk mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding di kerusi DUN Dudong yang merupakan kerusi tradisi SUPP sejak 1970 pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kelak.

Sementara itu, dalam tinjauan beliau serta rombongann­ya ke Jalan Pulau Dudong, Wong mendapati jalan tersebut sudah dinaik taraf dan tiada lagi berlubang dan rosak.

Katanya, jalan tersebut kini dapat dilalui oleh kenderaan ringan yang mana sebelum ini tidak dapat dilalui kerana rosak teruk dan berlubang.

Bagi menaik taraf jalan itu, jelasnya, beliau telah memohon dana daripada JKR.

“JKR telah bersetuju dan kosnya menelan perbelanja­an sebanyak RM1 juta untuk menurapnya dengan batu dan menampal lubang-lubang yang terdapat di sepanjang jalan tersebut dan ia kini sudah siap diperbaiki. Kami dapat memandu dengan selesa apabila menggunaka­n jalan ini,” tambahnya.

 ??  ?? NAIK TARAF: Wong (dua kanan) serta rombongann­ya ketika meninjau naik taraf Jalan Kong Yit Khim di Sibu, kelmarin.
NAIK TARAF: Wong (dua kanan) serta rombongann­ya ketika meninjau naik taraf Jalan Kong Yit Khim di Sibu, kelmarin.
 ??  ?? UNTUK RAKYAT:Wong (empat kanan) serta rombongann­ya ketika meninjau naik taraf Jalan Pulau Dudong di Sibu, kelmarin.
UNTUK RAKYAT:Wong (empat kanan) serta rombongann­ya ketika meninjau naik taraf Jalan Pulau Dudong di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia