Utusan Borneo (Sarawak)

PSB parti bebas, tidak akan berpihak kepada GPS: Wong

Berusaha gantikan GPS sebagai pemerintah Sarawak yang akan datang, tidak akan tunduk kepada parti Semenanjun­g

- Oleh Andy Sabang

PSB adalah untuk Sarawak yang diasaskan oleh rakyat Sarawak yang berbilang kaum untuk bersatu di bawah payung yang sama demi membawa perubahan baharu dan lebih baik kepada Sarawak.

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) merupakan sebuah parti bebas dan tidak akan berpihak kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau mana-mana gabungan parti politik lain.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata, PSB tidak pernah berhasrat untuk bergabung atau menyertai GPS, sebaliknya akan berusaha menggantik­an GPS sebagai pemerintah Sarawak yang akan datang.

Katanya, prinsip parti sangat jelas yang mana tidak akan tunduk atau diperintah oleh manamana ahli politik atau parti dari Semenanjun­g Malaysia.

“PSB adalah untuk Sarawak yang diasaskan oleh rakyat Sarawak yang berbilang kaum untuk bersatu di bawah payung yang sama demi membawa perubahan baharu dan lebih baik kepada Sarawak.

“Selain itu, PSB sentiasa berpanduka­n tujuan asal penubuhann­ya iaitu untuk membawa perubahan kepada rakyat Sarawak setelah 58 tahun di bawah pemerintah­an gabungan di antara Barisan Nasional (BN)/GPS yang hanya membangun sedikit walaupun Sarawak adalah salah satu rakan kongsi terkaya di

Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemunculan video

Presiden PSB

lama yang tular di media sosial yang menampilka­nnya seolaholah menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan GPS.

Wong berkata, video tersebut sengaja disebarkan untuk melemahkan beliau serta PSB di media sosial sebagai ‘proGPS.’

Menurutnya, PSB tidak akan tunduk sebaliknya terus bekerja keras untuk menjatuhka­n GPS yang bekerjasam­a dengan UMNO dan PAS bagi membentuk Perikatan Nasional (PN) yang merupakan pemerintah pusat ‘pintu belakang’ serta bertentang dengan semangat ‘Fairland Sarawak.’

Pun begitu, Wong menjelaska­n PSB tetap terbuka untuk bekerjasam­a dengan mana-mana parti yang mempunyai visi sama pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Katanya, kerjasama ini bertujuan untuk mencapai objektif bersama iaitu menggantik­an GPS sebagai kerajaan

Sarawak.

“Kita (PSB) tidak akan terganggu dari misi parti dan akan terus bekerja keras bersama rakyat Sarawak bagi mencapai objektif bersama,” tegas beliau.

Katanya, PSB sudah bersedia sepenuhnya untuk misi ini bagi membuka jalan membawa perubahan kepada Sarawak.

“Saya dengan rendah hati meminta rakyat Sarawak yang memiliki objektif yang sama dengan kami berdiri teguh bersama bersama kami untuk membuat jalan baharu dalam sejarah Sarawak di bawah ‘Sarawak Baharu’,” ujar beliau.

Dato Sri Wong Soon Koh

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia