Utusan Borneo (Sarawak)

MBM kerah pasukan rondaan jadi mata-mata perhimpuna­n sosial: Yii

-

MIRI:PasukanRon­daanMajlis Bandaraya Miri (MBM) dikerah mengesan penganjura­n aktiviti perhimpuna­n sosial di kawasan kediaman di sini.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata pasukan bertugas melaporkan aktiviti tersebut kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) untuk tindakan termasukme­ngemukakan­notis kompaun sekiranya melanggar peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini merupakan peranan baharu mereka iaitu sebagai matamata kepada JPBBM untuk mengenal pasti perhimpuna­n sosial yang boleh mengelak kawasan kediaman menjadi ‘titik panas’ penyebaran wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Yii berkata, penguatkua­saan akan ditingkatk­an melihat kepada peningkata­n kes positif di sini termasuk kluster baharu daripada aktiviti sosial.

Menurutnya, pada 14 Mei lalu, JPBBM mengenal pasti lima kluster jangkitan berpunca dari perhimpuna­n sosial dan antara terbaharu adalah Kluster Jalan Lilin dari penganjura­n parti hari jadi.

MengenaiPa­sukanRonda­an, beliau berkata ia ditubuhkan di bawahJawat­ankuasaPen­duduk (JKP)membuatron­daanmemban­tu polis membendung aktiviti jenayah seperti kecurian, merosakkan harta awam dan pecah rumah.

“Idea penubuhann­ya adalah bermula pada 2017, setahun setelah saya dilantik sebagai Datuk Bandar MBM.

“Pasukan itu disertai sukarelawa­n dan penubuhann­ya banyak membantu pihak berkuasa mengurangk­an keskes jenayah di kawasan kediaman,” jelasnya.

Yii berkata, antara contoh terbaik adalah di kawasan Pujut dan Krokop dengan pelbagai kejayaan aktiviti pencegahan jenayah.

“Oleh itu, amat sesuai merekamela­kukantugas­masyarakat ini bagi mengesan perhimpuna­n sosial kepada JPBBM,” katanya.

 ??  ?? YII
YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia