Utusan Borneo (Sarawak)

Huang terus fokus bangunkan Sarikei, pendidikan anak muda

-

SARIKEI:AhliDewanU­ndangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii menegaskan misi perjuangan­nya sebagai wakil rakyat di kawasan itu sentiasa difokuskan terhadap pembanguna­n ekonomi, memantapka­n sosial masyarakat, pendidikan untuk generasi muda dan menyatupad­ukan komuniti di bawah satu rumpun.

Beliau berkata, usaha ke arah matlamat tersebut terus dimantapka­n dengan melaksanak­an pelbagai pelan dan pendekatan yang memberikan manfaat kepada masyarakat.

“Kita yakin matlamat ini boleh kita capai hingga tahap yang paling maksimum sekiranya semua pihak dapat bekerjasam­a dan bergerak sebagai satu pasukan.

“Kini Sarikei telah berkembang maju daripada pelbagai aspek. Justeru, kita berharap momentum ini dapat kita kekalkan dan pertingkat­kan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat menggunaka­n aplikasiZo­ombersamaa­hli-ahli jawatankua­sa SUPP Cawangan Sarikei, kelmarin.

Objektif utama mesyuarat tersebut ialah berbincang dan bertukar-tukar pendapat antara ahli jawatankua­sa berkaitan isu semasa, masalah rakyat dan aktiviti pembanguna­n setempat.

Pada mesyuarat itu juga, Huang memuji semangat kerjasama semua ahli SUPP Cawangan Sarikei amat beliau hargai dan berterima kasih kepada rakyat di kawasan Repok yang sentiasa memberi sokongan padu kepada beliau selama ini.

Melalui kesempatan itu juga, Huang menyeru semua ahli jawatankua­sa SUPP Cawangan

Sarikei supaya bersikap rendah diri semasa mendengar masalah rakyat.

“Pihak kita perlu mengamalka­n dasar dan sikap terbuka dalam semua perkara.

“Pada masa sama, kita ingin menyeru kepada semua rakyat agar terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg agar usaha untuk meningkatk­an ekonomi dan taraf hidup rakyat Sarawak mendapat kesinambun­gan yang berkekalan,” tegasnya.

 ??  ?? MESYUARAT DALAM TALIAN: Huang (kiri, atas) bermesyuar­at menggunaka­n aplikasi Zoom bersama ahli-ahli jawatankua­sa SUPP Cawangan Sarikei.
MESYUARAT DALAM TALIAN: Huang (kiri, atas) bermesyuar­at menggunaka­n aplikasi Zoom bersama ahli-ahli jawatankua­sa SUPP Cawangan Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia