Utusan Borneo (Sarawak)

Lebaran bermakna buat peserta kebun bandar ‘Hijrah Warrior’

- Oleh Mohd Afiq Zulkifli

AIDILFITRI tahun ini membuka lembaran baharu untuk gelandanga­n yang menjadi peserta Program Kebun Bandar ‘Hijrah Warrior’ apabila ada dalam kalangan mereka ditawarkan pekerjaan di ladang ternakan dan pertanian di sebuah ladang di Janda Baik, Pahang selepas lebaran ini.

Abdul Jalil Abdullah, 51, menganggap ia ibarat satu sinar baharu dan bersyukur dengan peluang yang diberikan itu dan berharap ia akan menjadi titik mula penghijrah­an dirinya selepas lebih dua tahun bergelar insan gelandanga­n.

“Alhamdulil­lah hasil bantuan sokongan sosial dan ilmu serta latihan asas pertanian yang dipelajari melalui Program Kebun Bandar Hijrah Warrior di Pusat Transforma­si Anjung Kelana, Taman Desa sejak lebih dua bulan lalu, ada pihak yang sudi menawarkan kami pekerjaan.

“Program cetusan Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa ini banyak memberi kemahiran dan pengetahua­n pertanian kepada golongan gelandanga­n sekali gus membantu kami untuk membaiki kualiti kehidupan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Mengimbas kembali, Abdul Jalil yang berasal dari Pulau Pinang berkata beliau tiba di ibu negara pada tahun 2019 dengan harapan untuk mencari pekerjaan dengan bayaran gaji yang lebih setimpal bagi menampung keluargany­a.

Bagaimanap­un, lelaki itu terpaksa membuat keputusan untuk berhenti selepas enam bulan bekerja kerana majikan tidak membayar gaji menyebabka­nnya tidak dapat membayar rumah sewa dan menampung kehidupan sehingga terpaksa merempat di jalanan.

Demi meneruskan kehidupan, beliau terpaksa mengutip botol plastik dan tin kosong yang hasilnya cukupcukup untuk membeli makanan untuk mengalas perut.

Menceritak­an tentang sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Abdul Jalil berkata hati mana yang tidak terusik apabila terpaksa menyambut raya jauh dari sisi keluarga, namun mujurlah ada NGO dan rakan gelandanga­n yang senasib membantu menceriaka­n suasana.

Seorang lagi gelandanga­n yang ditawarkan bekerja di tempat sama, Mohd Faizal Abdullah, 37, berkata beliau terpaksa hidup seperti gelandanga­n sejak setahun lalu kerana keluargany­a sudah tidak lagi menerimany­a setelah dirinya memeluk agama Islam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Mahsanal yang menjadi peserta pada Program Kebun Bandar ‘Hijrah Warrior’ ketika ditemu ramah di Pusat Transforma­si Anjung Kelana, Taman Desa, baru-baru ini.
KENANGAN: Peserta Program Kebun Bandar ‘Hijrah Warrior’ (dari kiri) Mahsanal, Mohd Faizal dan Abdul Jalil ketika ditemui di Pusat Transforma­si Anjung Kelana, Taman Desa, baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERKONGSI IDEA: Mahsanal yang menjadi peserta pada Program Kebun Bandar ‘Hijrah Warrior’ ketika ditemu ramah di Pusat Transforma­si Anjung Kelana, Taman Desa, baru-baru ini. KENANGAN: Peserta Program Kebun Bandar ‘Hijrah Warrior’ (dari kiri) Mahsanal, Mohd Faizal dan Abdul Jalil ketika ditemui di Pusat Transforma­si Anjung Kelana, Taman Desa, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia