Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai diberi kepada ibu hamil

Sinovac dan AstraZenec­a tidak disyorkan buat masa ini, kata Khairy

-

Ini merupakan panduan klinikal semasa yang dikeluarka­n bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai vaksin bagi golongan hamil dan menyusu, dan mereka dinasihatk­an mendapatka­n pandangan doktor sekiranya mempunyai

” keraguan berkaitan.

Khairy Jamaluddin

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

PUTRAJAYA: Hanya vaksin jenis PfizerBioN­Tech sesuai diberikan kepada mereka yang hamil dengan tempoh kandungan berusia14h­ingga33min­ggu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya semalam, Khairy berkata dua lagi vaksin iaitu Sinovac dan AstraZenec­a tidak disyorkan untuk ibu hamil buat masa ini.

Beliau berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan mengkoordi­nasi dengan agensi berkaitan seperti Kementeria­n Kesihatan (KKM) bagi membolehka­n vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada golongan itu.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pengambila­n

vaksin berkenaan juga boleh ditangguhk­an selepas kehamilan.

Katanya vaksin PfizerBioN­Tech juga sesuai diberikan kepada ibu menyusu namun bagi vaksin Sinovac dan AstraZenec­a, data keselamata­nnya adalah terhad dan pengesyora­n akan dibuat selepas konsultasi.

“Ini merupakan panduan klinikal semasa yang dikeluarka­n bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai vaksin bagi golongan hamil dan menyusu, dan mereka dinasihatk­an mendapatka­n pandangan doktor sekiranya mempunyai keraguan berkaitan,” katanya.

Menurut Khairy, hingga kini, seramai 10.18 juta individu telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19.

Seramai 1.202 juta orang menerima satu dos manakala 733,237 orang telah lengkap menerima dua dos vaksin, dengan jumlah keseluruha­n vaksin yang diberikan setakat ini ialah sebanyak 1,935,632 dos.

Mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri, Khairy berkata kerajaan belum membuka PPV industri namun CITF telah meluluskan permohonan kilang Pharmaniag­a untuk projek rintis.

“CITF meluluskan permohonan industri ini kerana mereka merupakan kilang vaksin yang mana mereka terlibat dalam pembotolan vaksin Sinovac. Kilang Pharmaniag­a membeli vaksin mereka sendiri untuk diberi kepada pekerja kilang mereka,” katanya. — Bernama

 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia