Utusan Borneo (Sarawak)

Rujuk pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta: APHM

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap doktor di hospital kerajaan tidak lagi berlengah dalam merujuk pesakit bukan COVID-19 mereka ke hospital swasta bagi menjalani pembedahan dan prosedur elektif yang kini begitu banyak ditangguhk­an di hospital kerajaan disebabkan pandemik itu.

Presidenny­a Datuk Dr Kuljit Singh berkata langkah itu selaras dengan pekeliling Kementeria­n Kesihatan (KKM) yang membenarka­n hospital kerajaan membuat penyumbera­n luar bagi merawat pesakit bukan COVID-19 dalam usaha membuka lebih banyak ruang rawatan untuk pesakit COVID-19 di hospital kerajaan.

Dr Kuljit berkata APHM berterima kasih atas usaha yang dibuat oleh pejabat Ketua Setiausaha KKM dalam menggubal garis panduan dan penganggar­an untuk program ini.

“Bagaimanap­un usaha ini tidak mendapat sambutan yang memuaskan kerana hanya sebilangan kecil kes dirujuk dalam membantu pesakit di hospital kerajaan yang telah menunggu selama berbulan-bulan untuk dirawat di hospital swasta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya pada masa ini semua hospital swasta di negara ini mempunyai kapasiti untuk membantu kerajaan menguruska­n pesakit bukan COVID-19 dengan berkesan, dan ini akan membolehka­n hospital kerajaan menumpukan kepada rawatan terhadap pesakit COVID-19 bagi menampung peningkata­n jumlah pesakit semasa.

“Berdasarka­n pekeliling itu, rawatan pesakit bukan COVID-19 di hospital swasta akan dibiayai oleh kerajaan namun pesakit hanya boleh dirujuk ke hospital swasta oleh doktor di hospital kerajaan yang merawat mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia