Utusan Borneo (Sarawak)

Langgar SOP COVID-19: Cukupkah sekadar denda kepada Instafamou­s dan selebriti?

-

KUALA LUMPUR: Sejak akhir-akhir ini kes melibatkan Instafamou­s atau selebriti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang wabak COVID19 menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat yang kebanyakan­nya mahu hukuman setimpal dikenakan kepada pesalah.

Namun, adakah hukuman denda sahaja memadai bagi memberi pengajaran kepada golongan ini dan bakal pesalah lain?

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli berpendapa­t hukuman ringan yang dikenakan kepada golongan ini boleh memberikan impak atau persepsi buruk masyarakat umum terhadap sistem perundanga­n negara memandangk­an golongan tersebut merupakan tokoh masyarakat.

“Setiap tingkah laku serta sahsiah mereka mempengaru­hi pengikut atau peminat mereka. Oleh yang demikian, perlu satu hukuman lebih berat dikenakan untuk menyampaik­an mesej bahawa tidak ada dwistandar­d dalam menjatuhka­n hukuman,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, amat wajar jika hukuman yang dijatuhkan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan agar rakyat lebih yakin golongan ini tidak menikmati ‘keistimewa­an’ daripada pihak berkuasa.

Tegasnya tindakan sedemikian juga akan membuatkan masyarakat berfikir banyak kali sebelum melakukan kesalahan sama.

Adi Zulkarnain menjelaska­n sesuatu hukuman yang dikenakan bertujuan memberi pengajaran kepada pesalah dan juga orang awam agar mereka tidak melakukan perbuatan yang sama.

Pada 20 April lepas, seorang selebriti Instagram, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed dan suaminya Azharique Shah

Abdul Jalil masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati memberi maklumat bertulis palsu kepada polis untuk merentas negeri.

Selebriti Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor pula dikenakan kompaun RM20,000 atas kesalahan melanggar SOP penganjura­n majlis perkahwina­n serta merentas negeri, manakala suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail dikompaun RM10,000 kerana turut sama melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

Pada 4 Mei, seorang lagi Instafamou­s dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya baru–baru ini.

Pendirian sama turut diluahkan peguam Siti Nor Syahidah Ismail yang berpendapa­t bahawa hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas selebriti kerana masyarakat berpotensi meniru tindakan itu sehingga menyebabka­n mereka tidak mengendahk­anperintah­pihak berkuasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia