Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian orang awam di DR Congo angkara militia ADF

-

BUNIA: Sekurang-kurangnya 10 orang awam telah terkorban di bahagian timur terpencil di Republik Demokratik Congo pada minggu ini, seorang pentadbir tempatan dan sebuah kumpulan hak asasi berkata, mempersala­hkan keganasan itu terhadap militia ADF.

Pembunuhan berlaku “pada Rabu, 12 Mei, di perkampung­an Ngaka dan Mangundu” di wilayah Ituri, kumpulan Pengesan Keselamata­n Kivu menyatakan dalam Twitter.

“Sumber tempatan mengesyaki ADF, kemungkina­n bersepakat dengan sebuah kumpulan tempatan,” tambah KST.

Idriss Koma Kukodila, pentadbir bagi wilayah Mambasa di mana serangan berlaku, memberitah­u AFP bahawa “beberapa orang belia menemui 15 mayat reput berhampira­n kampung Ngaka pada Sabtu lepas”.

“Mereka kelihatan seperti terbunuh dalam serangan pada Khamis dan Jumaat lepas di kampung, termasuk di kawasan berhampira­n Lukaya dan Makumo,” tambah Koma, menyatakan Palang Merah telah mengebumik­an mayat tersebut.

Beliau mempersala­hkan ADF bagi pembunuhan itu, yang berlaku beberapa kilometer di utara kawasan pejuang biasa yang berada di sekitar bandar Beni di wilayah berhampira­n Kivu Utara. Memetik kepada sumber masyarakat sivil tempatan, radio Okapi yang diuruskan oleh PBB menyatakan angka seramai 21 orang sejak bermulanya pada minggu lepas, dengan ADF mengambil kira-kira 50 orang tebusan.

“Kehadiran tentera di wilayah Mambasa adalah lemah, dan penyerang mengambil kesempatan terhadap itu,” menurut Koma, menyeru bagi pasukan bantuan tambahan dan menyuaraka­n amaran mengenai penduduk yang melarikan diri daripada keganasan.

Sebuah kumpulan Islamis Ugansa dari segi sejarahnya, ADF merupakan yang paling berbahaya di antara militia bersenjata lain yang berkeliara­n di timur DRC, ramai daripada mereka adalah satu legasi dari dua perang wilayah pada tahun 1990.

Keganasan di Kivu Utara dan Ituri mendesak kerajaan di Kinshasa untuk mengumumka­n satu ‘perintah berkurung’ di dua buah wilayah, meletakkan mereka di bawah pemerintah­an tentera sejak dari minggu lepas.

Dikaitkan dengan kumpulan yang dikenali sebagai Islamic State (IS) menurut Washington, KST menyatakan ADF telah membunuh lebih daripada 1,200 orang awak di kawasan Beni sahaja sejak 2017. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia