Utusan Borneo (Sarawak)

PBB dijangka pertimbang sekatan pemindahan senjata kepada pihak junta tentera Myanmar

-

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Perhimpuna­n Agung PBB pada Selasa ini dijangka akan mempertimb­angkan satu draf resolusi yang belum diluluskan menyeru bagi ‘satu sekatan segera’ terhadap pemindahan senjata kepada pihak junta tentera Myanmar, menurut seorang pegawai PBB kelmarin.

Tidak seperti resolusi Majlis Keselamata­n, resolusi Perhimpuna­n Agung adalah tidak terikat namun membawa keutamaan politik yang kuat.

Sekiranya satu kelulusan secara konsensus tidak dapat dicapai maka Perhimpuna­n Agung penuh - 193 negara anggota – akan mengundi mengenai langkah tersebut.

Diperkenal­kan oleh Liechtenst­ein, dengan sokongan dari Kesatuan Eropah, Britain,

dan Amerika Syarikat, langkah tersebut akan dipertimba­ngkan dalam mesyuarat penuh dijangka pada Selasa ini jam 7.00 malam waktu tempatan.

Draf resolusi menyeru bagi “satu penangguha­n segera bagi bekalan secara langsung atau tidak langsung, penjualan, atau pemindahan semua senjata, peluru, dan peralatan yang berkaitan dengan ketenteraa­n ke Myanmar.”

“Mesyuarat akan dilakukan secara bersemuka,” seorang jurucakap PBB memberitah­u AFP.

Draf, yang sedang dalam rundingan selama beberapa minggu, telah dibiayai bersama oleh 48 buah negara, dengan Korea Selatan merupakan satu-satunya negara Asia.

Ia turut menyeru kepada pihak tentera untuk “menamatkan perintah darurat” dan segera menghentik­an “semua bentuk keganasan terhadap penunjuk perasaan secara aman,” termasuk “membebaska­n dengan kadar segera serta tanpa syarat Presiden Win Myint, Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi” dan semua orang yang telah “ditahan, didakwa atau ditangkap secara sewenangwe­nangnya” sejak rampasan kuasa pada 1 Februari.

Draf tersebut menambah satu permintaan bagi ‘segera melaksanak­an’ satu konsensus mengenai lima perkara yang dicapai bersama para pemimpin dari 19 buah negara dalam Pertubuhan

Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 24 April, untuk ‘membenarka­n kunjungan’ dari seorang wakil khas PBB ke Myanmar, dan menyediaka­n “akses kemanusiaa­n yang selamat dan tidak terhalang.”

Beberapa NGO telah lama menyeru bagi satu embargo senjata terhadap Myanmar.

Sejak 1 Februari, Majlis Keselamata­n telah sebulat suara melaksanak­an empat kenyataan terhadap Myanmar, namun setiap kali, mereka telah dibantah dalam rundingan, terutama oleh Beijing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia