Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Perancis didakwa atas pembunuhan majikan dan rakan sekerja

-

NÎMES: Seorang lelaki yang menjadi satu subjek bagi satu pemburuan selama beberapa hari selepas menembak majikannya dan seorang rakan sekerja di selatan Perancis pada minggu lepas telah didakwa dengan pembunuhan, menurut pihak pendakwa rata kelmarin.

‘Beberapa elemen’ mencadangk­an pembunuhan di sebuah kilang papan di perkampung­an

Plantiers telah dirancang, menurut pendakwa raya Nimes, Eric Maurel.

Valentin Marcone, 29, “bersenjata­kan senapang yang berpeluru... ketika dia tiba di tempat kerja dan menyatakan dia telah bergaduh dengan majikannya dan seorang rakan sekerja pada pagi itu mengenai pembayaran kerja lebih masa,” menurut Maurel.

Kolonel tentera sukarela Bertrand Miche menyatakan bahawa dia mungkin telah memutuskan untuk membunuh selepas terdengar “satu perbualan antara majikan dan rakan sekerja mengenai hendak memecat dia bagi kesalahan serius”.

Dia ”tidak menunjukka­n rasa menyesal” ketika ditangkap dan “menyatakan dirinya sendiri sebagai seorang mangsa yang memberikan reaksi bagi satu serangan,” tambah Michel.

Maurel menyatakan Marcone memakai sepasang ves kalis peluru di tempat kerja selama hampir tiga tahun dan mempunyai senjata selama beberapa bulan, bimbang terhadap orang yang dia “mungkin telah bergaduh dengan” di dalam kampung.

Marcone menyerah diri secara aman pada Jumaat selepas satu pemburuan selama 83 jam di kawasan hutan di wilayah Cevennes melibatkan 350 anggota polis, beberapa buah helikopter, anjing dan dron.

Sepucuk pistol yang menurut Maurel “mungkin merupakan senjata pembunuhan” dan beberapa bahagian bagi selaras raifal telah ditemui disembunyi­kan semasa pemburuan, dengan Marcone memberitah­u pihak penyiasat dia telah membuangny­a kerana dia “tidak mahu mencederak­an pengawal sukarela.”

Dia segera mengaku bagi pembunuhan dan kemudian mengulangi pengakuan tersebut, menurut Maurel, menggelar dia sebagai “seorang pemuda yang tenang” bercakap “secara logik dan tepat.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia