Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa mangsa cedera dalam insiden rempuhan kereta di timur Baitulmaqd­is

-

BAITULMAQD­IS: Satu serangan rempuhan kereta mencederak­an beberapa orang termasuk enam orang anggota polis di kawasan kejiranan tumpuan Sheikh Jarrah di timur Baitulmaqd­is yang ditawan oleh Israel kelmarin, menurut pihak polis, sambil menambah bahawa penyerang telah ditembak.

Seorangpen­yerangmela­kukan satu ‘serangan rempuhan kereta’ yang mengakibat­kan kecederaan sederhana terhadap dua orang anggota polis dan empat orang lagi mengalami kecederaan ringan, sebelum “ditembak oleh pihak berkuasa”,jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata tanpa memberikan maklumat mengenai keadaan penyerang.

Sheikh Jarrah telah berdepan dengan pertempura­n selama beberapa minggu di antara pasukan keselamata­n Palestin dan Israel, yang telah bertindak tegas terhadap protes membantah tindakan menghalau yang dirancang melibatkan beberapa buah keluarga Palestin dari kediaman mereka di sana.

Pada awal tahun ini, mahkamah daerah Baitulmaqd­is memutuskan memihak kepada pendatang Yahudi yang mengemukak­an tuntutan terhadap tanah di mana rumah-rumah sekarang menempatka­n kira-kira 30 orang Palestin dari empat buah keluarga.

Plaintif Yahudi mendakwa keluarga mereka sendiri telah memiliki tanah yang mereka hilang ketika peperangan yang disertai dengan pembentuka­n Israel pada 1948.

Israel telah merampas timur Baitulmaqd­is ketika Perang Enam Hari 1967 dan kemudian menggabung­kannya.

Pihak Palestin menyatakan mereka tidak mempunyai kaedah yang sah bagi menuntut semula hartanah mereka yang sekarang berada dalam Israel.

Satu perbicaraa­n Mahkamah Agung mengenai rayuan penduduk telah ditangguhk­an disebabkan oleh satu peningkata­n mendadak dalam keganasan Israel-Palestin. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BANTU: Pegawai polis Israel membawa rakan pasukan keselamata­n yang cedera selepas dilanggar kereta dalam satu rempuhan, di kejiranan Sheikh Jarrah di timur Baitulmaqd­is, kelmarin.
— Gambar AFP BANTU: Pegawai polis Israel membawa rakan pasukan keselamata­n yang cedera selepas dilanggar kereta dalam satu rempuhan, di kejiranan Sheikh Jarrah di timur Baitulmaqd­is, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia