Utusan Borneo (Sarawak)

Granstan saumaah runtuh, dua maut di Israel

-

GIVAT ZEEV: Dua orang terkorban dan beberapa orang lagi tercedera kelmarin apabila tempat duduk granstan runtuh di sebuah saumaah di kawasan penempatan Israel di Givat Zeev di Tebingan Barat yang ditakluki, menurut pihak berkuasa Israel.

Insiden berlaku di luar Baitulmaqd­is “ketika beratus-ratus orang sedang berhimpun” bagi perayaan Shavuot Yahudi, seorang jurucakap perkhidmat­an kecemasan Magen David Adom memberitah­u rangkaian Israel Kan.

Bangunan itu sedang ‘dalam pembinaan’, kata beliau.

Magen David Adom dalam satu kenyataan melaporkan bahawa “kematian dua orang yang tercedera, termasuk seorang lelaki berusia 40 tahun dan seorang budak lelaki berusia 12 tahun.”

Ia menyatakan “167 orang telah dipindahka­n ke hospital, termasuk lima yang mengalami kecederaan serius”.

Imej yang disebarkan di dalam media sosial menunjukka­n tempat tersebut roboh ketika beberapa orang lelaki sedang bersembahy­ang.

“Bersembahy­ang di dalam bangunan ini adalah tidak dibenarkan,” komander polis Baitulmaqd­is Doron Tourgeman berkata di tempat kejadian.

“Hati saya adalah untuk para mangsa dalam bencana Givat Zeev,” menteri Pertahanan Benny Gantz menulis di dalam Twitter, sambil menambah bahawa pasukan tentera sedang cuba membantu dalam usaha pemindahan.

Insiden muncul hanya beberapa minggu selepas satu kejadian rempuhan yang membunuh 45 orang di sebuah kawasan penghijrah­an Yahudi.

Kejadian rempuhan maut pada lewat April di Mount Meron di utara Israel telah dikatakan sebagai salah satu daripada bencana teruk pada masa damai sejak penubuhan negara pada 1948.

Sekurang-kurangnya 16 kanak-kanak dan remaja dikatakan sebagai antara yang terkorban.

Pengawal negara Israel pada awal bulan ini mengumumka­n pelancaran aatu siasatan mengenai kejadian rempuhan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia