Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN saman Shafee tuntut bayar tunggakan cukai RM9.41 juta

Tuntutan pembayaran babitkan tunggakan cukai selama lima tahun

-

Pihak kami hanya mengetahui­nya (saman) melalui

” media.

Muhammad Farhan Muhammad Shafee

Peguam

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan saman terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menuntutny­a membayar cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 6 Mei lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Muhammad Shafee, 69, sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun.

Berdasarka­n penyataan tuntutan yang diperoleh menerusi sistem mahkamah (e-filing), Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2016, defendan telah ditaksirka­n dengan taksiran tambahan masing-masing berjumlah RM621,291.85, RM978,854.11, RM3,581,500, RM1,735,124.03 dan RM1,826,557,87 melalui Notis-notis taksiran (tambahan) bertarikh 27 Mei 2019.

Dakwa plaintif, sehingga kini defendan masih gagal membayar kepada plaintif amaun cukai pendapatan defendan yang masih terhutang dan genap masanya dan perlu dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan-kenaikan yang dikenakan ke atasnya, kesemuanya berjumlah RM9,414,708.32

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM9,414,708.32, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakima­n sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili bapanya berkata pihaknya masih belum menerima writ saman tersebut daripada LHDN.

“Pihak kami hanya mengetahui­nya (saman) melalui media,” katanya ketika

dihubungi pemberita semalam.

Sumber LHDN ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya belum menyerahka­n writ saman itu kepada Muhammad Shafee dan berkata ia akan diserahkan dalam masa terdekat.

Muhammad Shafee merupakan peguam kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes melibatkan penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd dan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Muhammad Shafee menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERUSKAN PERBICARAA­N: Muhammad Shafee yang mewakil Najib dalam perbicaraa­n berhubung dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama TERUSKAN PERBICARAA­N: Muhammad Shafee yang mewakil Najib dalam perbicaraa­n berhubung dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia