Utusan Borneo (Sarawak)

Polis rampas dadah RM4.2 juta, empat ahli sindiket ditahan

-

MELAKA: Satu sindiket dadah yang menggunaka­n surat kebenaran palsu untuk bergerak melepasi sekatan jalan raya di negara ini, lumpuh selepas polis menangkap empat individu termasuk seorang ahli kimia, serta merampas 104 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM4.2 juta, dalam dua serbuan minggu lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata kesemua suspek berusia 33 hingga 50 tahun terbabit ditahan dalam serbuan di Melaka dan Johor pada 12 dan 13 Mei lalu menerusi Op Passat 2 yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia.

“Tangkapan pertama pada kira-kira jam 5.30 petang 12 Mei lalu melibatkan dua lelaki tempatan yang menaiki kereta

Volkswagen Passat dalam perjalanan ke Tanjung Kling, Melaka.

“Pemeriksaa­n ke atas kenderaan itu menemukan dadah terbabit yang disembunyi­kan di antara tempat duduk belakang dan but kereta yang diubah suai,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata suspek dipercayai cuba membawa dadah berkenaan melalui jalan laut di Tanjung Kling.

“Tangkapan kedua pula melibatkan pasangan kekasih warga tempatan dan lelaki berkenaan merupakan ahli kimia berusia 40 tahun. Mereka ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Muar, Johor kira-kira 6.24 pagi keesokan hari,” katanya.

Abdul Majid berkata dalam serbuan kedua itu, polis turut merampas tiga kenderaan jenis Perodua Myvi, barang kemas dan wang tunai pelbagai negara bernilai kirakira RM117,116.08.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket itu aktif dalam pengedaran dadah rentas negara sejak setahun lepas dan mereka melepasi sekatan jalan raya menggunaka­n surat palsu daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri atas alasan menjalanka­n perniagaan membekalka­n alat ganti kenderaan.

“Dadah berkenaan dipercayai untuk edaran luar negara dan dari mana diperoleh masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya kesemua suspek ditahan reman tujuh hari sejak Khamis (13 Mei) lepas dan kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UBAH SUAI: Abdul Majid menunjukka­n bahagian tempat duduk belakang dan but kereta yang diubah suai sindiket dadah untuk menyembuny­ikan bahan terlarang itu pada sidang akhbar di Melaka semalam.
— Gambar Bernama UBAH SUAI: Abdul Majid menunjukka­n bahagian tempat duduk belakang dan but kereta yang diubah suai sindiket dadah untuk menyembuny­ikan bahan terlarang itu pada sidang akhbar di Melaka semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Abdul Majid (dua kanan) menunjukka­n sebahagian dadah disyaki jenis syabu pada sidang akhbar di Melaka semalam. Turut hadir Haris Fadzillah (kanan) dan Zulkiflee (dua kiri).
— Gambar Bernama TUMPAS: Abdul Majid (dua kanan) menunjukka­n sebahagian dadah disyaki jenis syabu pada sidang akhbar di Melaka semalam. Turut hadir Haris Fadzillah (kanan) dan Zulkiflee (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia