Utusan Borneo (Sarawak)

ATM pastikan ancaman ganggu rangkaian komunikasi pertahanan ditangani: Panglima ATM

-

KUALA LUMPUR: Aspek keselamata­n dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dipantau setiap masa dalam memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan ATM dapat ditangani, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu dilaksanak­an oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani apa juga kemungkina­n tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh mengganggu pengoperas­ian sistem siber ATM serta Kementeria­n Pertahanan.

“Adalahdite­gaskanbaha­wa ATM sentiasa memantau dan memperting­kat aspek keselamata­n siber dari semasa ke semasa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromag­netik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC).

“BSEP dan CDOC bukan sahaja memperkuku­h rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata arahan dan langkah yang dikeluarka­n CDOC yang tular menerusi media sosial sebelum ini merupakan arahan amalan biasa untuk peringatan.

Semalam, tular menerusi media sosial mengenai satu arahan dalaman ATM menyatakan ATM perlu meningkatk­an pertahanan siber negara ekoran ancaman siber dari Israel.

Sementara itu di ibu negara, sembilan orang termasuk lima warga China ditahan disyaki terbabit kegiatan judi dalam talian menerusi dua serbuan di sebuah kondominiu­m di Jalan Sultan Ismail, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan pertama pada 11.15 malam, lima lelaki warga China berusia antara 23 dan 38 tahun ditahan di sebuah unit di bangunan berkenaan.

Beliau berkata sebanyak 39 telefon bimbit, sebuah komputer riba, pelbagai barangan lain serta wang tunai berjumlah RM2,185 dirampas dalam serbuan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia