Utusan Borneo (Sarawak)

MERCY Malaysia saran NGO integrasi bantuan

Memastikan sumbangan kemanusiaa­n mereka dapat sampai terus kepada rakyat Palestin

-

Mungkin untuk mereka (NGO) yang baharu, mungkin belum ada saluran atau wakil di sana (Palestin), belum ada akaun bank dan sebagainya, mungkin elok untuk NGO yang baharu ini, berkoordin­asi dan menyalurka­n bantuan mereka terus kepada tabung yang ditubuhkan oleh kerajaan, mungkin itu

” lebih bermanfaat dan lebih teratur.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran supaya mengintegr­asi sumbangan dan bantuan kemanusiaa­n buat rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan mereka itu dapat sampai terus kepada sasaran.

Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata bagi pertubuhan atau persatuan yang tidak mempunyai saluran terus ke Palestin, bantuan mereka boleh disalurkan kepada organisasi di bawah kerajaan.

“Mungkin untuk mereka (NGO) yang baharu, mungkin belum ada saluran atau wakil di sana (Palestin), belum ada akaun bank dan sebagainya, mungkin elok untuk NGO yang baharu ini, berkoordin­asi dan menyalurka­n bantuan mereka terus kepada tabung yang ditubuhkan oleh kerajaan, mungkin itu lebih bermanfaat dan lebih teratur,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama TV di sini semalam.

Beliau berkata koordinasi dan bantuan yang dilaksanak­an secara berintegra­si oleh NGO-NGO baharu ini ia akan memastikan sokongan berterusan dapat disampaika­n kepada rakyat Palestin.

Selain itu menurutnya mereka juga boleh bekerjasam­a dengan NGO khusus yang mengumpulk­an dana dan bantuan kepada rakyat Palestin, bagi memastikan bekalan makanan serta keperluan perubatan tidak

Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus

Presiden MERCY Malaysia terputus, khususnya dalam tempoh keperluan mendadak kesan daripada tindakan kejam rejim zionis.

Dr Ahmad Faizal berkata MERCY Malaysia serta NGO khusus yang menyalurka­n bantuan kepada Palestin seperti Aman Palestin dan Yayasan Al Quds sentiasa memastikan maklumat keperluan rakyat Palestin disampaika­n bagi kesinambun­gan bantuan dari Malaysia.

Beliau berkata program bantuan kesihatan mental atau Bantuan Psikososia­l antara tiga bentuk bantuan utama MERCY Malaysia kepada penduduk Palestin yang bertujuan mengurangk­an tekanan dan impak peperangan khususnya kepada kanak-kanak dan golongan wanita.

“Kita juga telah lama ada program psikososia­l atau bantuan kesihatan mental yang telah berlangsun­g secara berterusan sejak 2009 ke Palestin terutama sekali di Gaza. Kita akan panjangkan bantuan ini di kedua-dua Gaza dan Baitulmuqa­ddis serta Tebing Barat,” katanya.

Dr Ahmad Faizal berkata bantuan psikososia­l ini dilakukan secara terus oleh pasukan Mercy Malaysia yang telah dilatih di bumi Palestin, tetapi kini dilakukan secara dalam talian oleh pasukan bantuan kesihatan mental dan sosial yang terlibat di Malaysia.

Beliau berkata usaha itu dilakukan secara fokus dan teratur kerana selain bantuan-bantuan fizikal, bantuan psikososia­l dan kesihatan mental ini sangat penting sebab trauma yang dialami terutama sekali kanak-kanak yang melihat keganasan dan kemusnahan yang berlaku.

MERCY Malaysia telah memberi bantuan perubatan dan kemanusian kepada Palestin sejak 2008, namun situasi COVID-19 ketika ini telah mengehadka­n pergerakan dan mereka menggerakk­an misi bantuan menerusi pasukan dan wakil MERCY di Gaza. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia