Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan Israel berhak pertahanka­n diri tidak boleh diterima: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Sekiranya benar penduduk Israel mempertaha­nkan diri daripada roket yang dilancarka­n oleh Hamas dan kumpulan pejuang Palestin yang lain, maka mereka harus bertindak di negara mereka sendiri dan bukannya di bumi Palestin, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu berkata alasan Israel bahawa mereka berhak untuk mempertaha­nkan diri tidak dapat diterima kerana penduduk Palestin yang sebenarnya berusaha mempertaha­nkan diri.

“Saya yakin Israel selepas ini akan mengambil alih Sheikh Jarrah dan tanah tempat berdirinya Masjid Al-Aqsa ...,” katanya semasa sesi interaktif maya bertema ‘Palestine: Malaysia With

Love’’ yang dipengerus­ikan oleh Farrah Adeeba dalam laman Facebookny­a kelmarin.

Dr Mahathir yang sering berhasrat kembali ke perjuangan asalnya menjadikan perang penceroboh­an sebagai satu jenayah, menyifatka­n tindakan Israel melakukan serangan sengit di pelbagai bahagian di Kota Gaza yang disekat sebagai pertempura­n yang tidak adil kerana Palestin lemah dan tidak mempunyai senjata seperti yang dimiliki rejim Zionis.

Kenyataan lebih kurang sama turut disuarakan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammudd­in Hussein yang berkata ia satu penghinaan apabila negara-negara lain muncul dan berbicara mengenai hak Israel untuk mempertaha­nkan diri, sedangkan mereka langsung tidak pernah menyebut satu perkataan pun mengenai hak Palestin untuk mempertaha­nkan diri ketika penduduk Palestin dizalimi, dan dijajah selama lebih 50 tahun.

Hishammudd­in berkata demikian dalam ucapannya semasa mesyuarat khas terbuka untuk Jawatankua­sa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di peringkat menteri luar pada Ahad.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dilaporkan berkata “Israel berhak membela diri” apabila rangkaian roket oleh Hamas dan kumpulan Palestin lain dilepaskan dari Gaza sebagai membalas serangan Israel baru-baru ini.

Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjun Gaza pada Ahad meningkat kepada 197 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita, menurut Kementeria­n Kesihatan Palestin.

Jumlah yang cedera telah mencecah 1,235, orang manakala banyak bangunan telah musnah atau rosak. Ketegangan baru-baru ini yang bermula di Baitulmaqd­is Timur pada bulan Ramadan merebak ke Gaza apabila pejuang Palestin di sana bertekad membalas serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah jika serangan mereka tidak dihentikan.

Israel menduduki Baitulmaqd­is Timur, tempat berdirinya Al-Aqsa, semasa perang Arab-Israel 1967. Ia menceroboh seluruh kota pada 1980 dalam gerakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia