Utusan Borneo (Sarawak)

Israel perlu dihadapkan ke ICC atas penceroboh­an dan serangan ke atas Palestin: Pemuda PN

-

KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) semalam mahu Israel dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) di atas penceroboh­an serta serangan ganas tentera rejim berkenaan ke atas Masjid al-Aqsa dan Semenanjun­g Gaza.

Dalam kenyataan bersama yang ditandatan­gani lima ketua pemuda dari PN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan GERAKAN, mereka mahu peperangan, tindakan ketenteraa­n serta pembersiha­n etnik yang dilakukan ke atas Palestin dihentikan serta-merta.

Kesemua mereka juga menyeru pimpinan dan organisasi antarabang­sa untuk bersama-sama mengecam dan mengutuk penindasan dan penjajahan yang dilakukan selain mendesak Israel dan Amerika Syarikat untuk berlaku jujur dan adil terhadap perjanjian untuk Palestin sebagai negara berdaulat berdasarka­n garis sempadan sebelum tahun 1967.

“(Kami) Bersetuju dengan pendirian yang diambil Kerajaan Malaysia yang menyokong penyelesai­an yang adil dan saksama melalui Penyelesai­an Dua Negara atau ‘Two-State Solution’ berdasarka­n garis sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesai­an terhadap konflik Palestin-Israel,” kata kenyataan itu

Kenyataan itu ditandatan­gani oleh Ketua Pemuda PN Khairil Nizam Khirudin, Ketua Armada Bersatu Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua

Pemuda STAR Rizal Johari, Ketua Pemuda SAPP Jamain Sarudin dan pemangku Ketua Pemuda Gerakan pusat Wong Chia Zhen.

Bagi membantu Palestin, Pemuda PN akan memainkan peranan serta menjalinka­n kerjasama strategik dengan semua pihak bagi menyemarak­kan usaha kempen #Aid4Palest­ine yang telah dilancarka­n oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Dilaporkan penceroboh­an dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjun­g Gaza sejak Isnin lalu, yang mana hingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera. — Bernama

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang memantau perkembang­an sesetengah platform media sosial antarabang­sa yang kelihatan berat sebelah kerana terlalu mudah memadamkan kandungan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Justeru, menterinya Datuk Saifuddin Abdullah menyeru semua penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi dan platform kandungan di peringkat antarabang­sa dan tempatan untuk berganding bahu meningkatk­an kesalinghu­bungan Internet selain memastikan penyebaran maklumat yang sahih, adil dan saksama.

Beliau turut mendedikas­ikan sambutan Hari Telekomuni­kasi dan Masyarakat Berinforma­si Sedunia (WTISD) yang diraikan semalam khusus untuk perjuangan rakyat Palestin dan berdoa agar kezaliman terhadap mereka segera berakhir dan dapat mencapai perdamaian.

“Sebagai umat Islam dan warga dunia yang menegakkan kebenaran, keadilan dan kedamaian, kita sewajarnya terus menyokong perjuangan Palestin secara komprehens­if dan konsisten, apatah lagi ketika setiap kali keganasan Israel memuncak seperti yang berlaku sekarang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n rakyat perlu melihat peranan dan suntikan aspirasi ‘generasi baharu’ pejuang dan aktivis Palestin yang menggerakk­an pendekatan baharu seperti menggelar Israel sebagai negara aparteid, di samping meneruskan agenda perjuangan Palestin yang sedia ada.

Rejim Zionis Israel sebelum ini dilaporkan menceroboh dan menyerang rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei lepas, dan disusuli dengan serangan udara di Semenanjun­g Gaza sejak Isnin lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia