Utusan Borneo (Sarawak)

Tempahan vaksin AstraZenec­a untuk warga emas mulai 23 Mei

Diperluask­an untuk Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang

-

Selepas 26 Mei, tawaran akan dibuka kepada mereka yang berusia di bawah 60

” tahun.

Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA: Fasa kedua tempahan pengambila­n vaksin AstraZenec­a secara sukarela khusus untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas akan dibuka tiga hari bermula 23 Mei ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata pendaftara­n janji temu melibatkan 1.1 juta dos vaksin itu diperluask­an untuk penduduk Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.

Beliau berkata slot tempahan boleh dibuat di laman web rasmi manakala Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) juga akan melakukan pendaftara­n warga emas di kawasan masing-masing.

Selain warga emas, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Invosi, berkata fasa kedua itu juga akan memberi keutamaan kepada

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

kira-kira 250,000 individu yang berada dalam senarai menunggu fasa pertama vaksin AstraZenec­a yang dibuka 2 Mei lalu.

“Selepas 26 Mei, tawaran akan dibuka kepada mereka yang berusia di bawah 60 tahun,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang diadakan secara maya semalam.

Ditanya sama ada Sarawak bersetuju menggunaka­n vaksin AstraZenec­a, Khairy berkata negeri itu sudah pun bersetuju dan pihaknya akan berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kaedah pelaksanaa­n vaksinasi di negeri itu.

Katanya pihaknya akan membuka tawaran secara dalam talian minggu depan kepada orang ramai seperti pelajar ke luar negara untuk memendekka­n jarak antara pengambila­n dua dos vaksin AstraZenec­a.

Menurutnya, Malaysia menetapkan jarak antara kedua-dua dos itu selama 12 minggu selari dengan kelulusan Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan amalan negara lain seperti Australia, Belanda, Finland dan Portugal.

Syor kumpulan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah antara lapan hingga 12 minggu.

Berhubung laporan media bahawa Indonesia menghentik­an penggunaan satu kumpulan vaksin AstraZenec­a ekoran berlaku kes kematian, Khairy berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mendapati tiada kesan sampingan serius berlaku di Malaysia.

Malaysia akan meneruskan pemberian vaksin tersebut, katanya.

Media antarabang­sa melaporkan Indonesia menghentik­an sementara penggunaan kumpulan CTMAV547 vaksin AstraZenec­a susulan kematian seorang lelaki berusia 22 tahun di Jakarta sehari selepas vaksinasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia