Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaftara­n vaksin Fasa Dua dan Tiga di Melaka masih rendah

-

MELAKA: Pendaftara­n untuk menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Dua dan Tiga di Melaka masih rendah apabila hanya 46 peratus atau 322,808 individu daripada 701,000 penduduk telah mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a sehingga kelmarin.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata selain itu, individu yang memenuhi kriteria Fasa Dua melibatkan pesakit kronik, warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih rendah apabila hanya 109,145 orang (43.7 peratus) daripada sasaran 250,000 individu telah mendaftar sejak ia mula dibuka pada 19 April lepas.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengadakan pelbagai program untuk menggalakk­an dan membantu pendaftara­n vaksin antaranya menerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) serta Jawatankua­sa Pembanguna­n

dan Keselamata­n Kampung (JPKK) dalam kalangan komuniti.

“Selain itu, program ‘Info on Wheels dan Pendaftara­n Vaksinasi’ di bazar Ramadan oleh Jabatan Penerangan, promosi di pasar raya, pembukaan kaunter pendaftara­n vaksin di masjid-masjid oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka serta program promosi pendaftara­n vaksin oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

“Bagi masyarakat terpinggir dan di pedalaman seperti Orang Asli, kerajaan negeri dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah memulakan program penerangan berkaitan program imunisasi untuk memastikan masyarakat berkenaan menerima maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan mereka tidak ketinggala­n dalam program imunisasi ini,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Rahmad juga berkata

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka telah bekerjasam­a untuk menjalanka­n aktiviti pemberian vaksin kepada warga emas di pusat jagaan serta institusi warga emas oleh pasukan bergerak dari setiap daerah untuk memberikan vaksin kepada golongan itu bermula 24 Mei ini.

Beliau berkata penglibata­n klinik swasta di Melaka dalam pemberian vaksin Fasa 2 juga akan bermula esok membabitka­n sembilan klinik iaitu tiga pada 18 Mei (Klinik Bukit Katil 24 Jam Taman Merak, Poliklinik Bukit Katil Saujana dan Poliklinik Hidayah Krubong).

Katanya enam lagi iaitu Poliklinik Hidayah Batu Berendam, Poliklinik Wahidah Ayer Keroh, Poliklinik Fasya Bukit Beruang, Qualitas Health Klinik Mano, Mega Klinik Zahran Taman Lagenda dan Klinik Kok dan Surgeri Alor Gajah pada 25 Mei. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia